"SESIAPA YANG TIDAK BELAJAR DARIPADA SEJARAH, AKAN TERHUKUM MENGULANGI KESILAPAN SILAM"

Khamis, 14 Mac 2013

TOK JEBEK BIN AKIL, PAHLAWAN SULTAN AHMAD AL-MU’AZZAM SHAH

Tok Jebek bin Akil tidak terkenal seperti Dato’ Bahaman, Tok Gajah, Mat Kilau dan lain-lain pahlawan Pahang, sewaktu menentang Inggeris dalam ‘Pemberontakan Pahang (1891-1895)’. Namun beliau adalah salah seorang pahlawan yang disayangi oleh Sultan Ahmad kerana jasa dan pengorbanannya membantu baginda dalam  ‘Perang Saudara Pahang (1857-1863)’.

Sebagai mengenang jasanya, beliau telah dianugerahkan sehelai bendera, sehelai kain destar dan bengkung hitam. Sultan Ahmad Al-Mu’azzam Shah juga telah mengurniakan gelaran Orang Besar Pahang, yang menguasai kawasan Bohor, sebuah kampung di dalam daerah Bera.

Menurut sejarah, Tok Jebek telah dilahirkan di Kampung Bohor dalam tahun 1842 dan meninggal dunia di Mekah dalam tahun 1916. Keturunan Tok Jebek masih terdapat di Kampung Bohor, pada masa sekarang.

Rabu, 13 Mac 2013

SEJARAH BATU NISAN PECAH DI MAKAM CHONDONG


Pada suatu hari di dalam tahun 1906, sekumpulan gajah sedang melintasi sebuah tanah perkuburan lama yang terletak di Kampung Mengkasar, Pekan. Tiba-tiba seekor daripada gajah-gajah itu telah naik minyak dan menyondol batu-batu nisan yang terdapat di makan itu, menyebabkan ia condong dan pecah.



Menurut cerita orang-orang tua, kejadian itu berlaku sewaktu gajah-gajah itu sedang menarik kayu-kayu untuk dibawa ke tapak istana Tengku Besar Mahmud. Pada masa itu, kerja-kerja membina istana Tengku besar Mahmud sedang rancak dijalankan dan memerlukan banyak gajah untuk menarik kayu-kayu tersebut.



Disebabkan batu nisan itu pecah dan condong, lalu makam itu dinamakan Makam Chondong. Makam ini terletak kira-kira 2 kilometer dari Bandar Pekan. Ia merupakan makamj diraja paling tua di negeri Pahang, selain Makam Sultan Muhammad Syah di Dusun Pinang, Pahang Tua dan Makam Diraja Kampung Marhum.

Sabtu, 15 Disember 2012

AHLI JAWATANKUASA PERSATUAN SEJARAH MALAYSIA CAWANGAN PAHANG 2012-2014


Penaung Utama
KDYMM Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’adzam Shah

Penaung
KDYTM Tengku Abdullah ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah

Penasihat
YAB Dato’ Sri Diraja Haji Adnan bin Haji Yaakob
Menteri Besar Pahang

YB Dato’ Haji Wan Adnan bin Wan Mamat
Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan & Kebudayaan Negeri Pahang

Pengerusi
YDH Orang Kaya Indera Pahlawan Pahang
Dato’ Sri Haji Wan Abdul Wahid bin Haji Wan Hassan

Naib Pengerusi
YH Dato’ Haji Abdul Ghani bin L. Sulaiman

Setiausaha Kehormat
YH Dato’ Haji Zainuddin bin Haji Jumaat

Penolong Setiausaha Kehormat
Tuan Haji Bahassan bin Haji Abdul Rahman

Bendahari Kehormat
YH Dato’ Haji Abdul Rahman bin Imam Arshad

Pengarang Kehormat
Tuan Haji Mohd. Hadi bin Shirin

Ahli Jawatankuasa
1. YH Tan Sri Dato’ Sri Haji Abdul Rashid bin Haji Abdul Rahman
2. YH Dato’ Haji Jaafar bin Salleh
3. Tuan Haji Mokhtar bin Abdullah
4. Tuan Haji Yaakub bin Haji Abdullah
5. Puan Hajjah Ramlah binti Mohammad
6. Drs. Wan Aminuddin bin Wan Abdul Hamid
7. Tuan Haji Alang Ahmad bin Haji Teh
8. Encik Abdul Manaf bin Talib
9. Encik Aziz bin Kassim
10. Puan Hajjah Rohana binti Haji Omar
11. Encik Ibrahim bin Mat Akil
12. Dr. Ahmad Fadzil bin Abdullah
13. YBhg. Datin Sharifah Zaiton binti Syed Merican
14. Encik Ramli bin Mat Akil
15. Encik Badlishah bin Alauddin

Ahli Ex-Officio
1. Pengurus Besar Yayasan Pahang
2. Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Pahang
3. Pengarah Perbadanan Muzium Negeri Pahang
4. Pengarah Arkib Negara Cawangan Terengganu / Pahang
5. Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Pahang
6. Pengarah Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negeri Pahang

Juru Audit
1. Puan Hajjah Saedah binti Md. Shariff
2. Haji Alias bin Salleh

Rabu, 14 November 2012

HANG TUAH CULIK TUN TEJA DI KUALA PAHANG


Menurut Sejarah Melayu, setelah berjaya ‘menculik’ Tun Teja, Hang Tuah telah membawa puteri Bendahara Seri Amar Diraja Pahang itu berlindung di sebuah pulau kecil yang terletak berdekatan dengan Kuala Pahang. Pulau kecil tersebut masih wujud pada masa sekarang dan dinamakan Pulau Teja.


Pulau Teja


Dari situ, Hang Tuah telah melarikan Tun Teja melalui Sungai Pahang terus ke Sungai Bera dan masuk ke Negeri Sembilan dan keluar di Sungai Muar. Dari Muar, Hang Tuah telah belayar ke Selat Melaka dan pulang ke istana Sultan Mansur Shah dan mempersembahkan puteri Bendahara Seri Amar Diraja Pahang yang jelita, bernama Tun Teja Ratna Benggala Putri.

Ahad, 15 April 2012

PINGAT PERINGATAN SEMPENA PERTABALAN SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG XIV


Sempena Istiadat Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong ke-14, Al-Mu’tassimu Billai Muhibbuddin Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah pada 11 April 2012, telah diabadikan satu Pingat Pertabalan yang dikurniakan kepada tetamu-tetamu kehormat dan petugas pada sepanjang istiadat pertabalan tersebut.


Riben bagi Pingat Pertabalan ini adalah 1.25 inci lebar. Berwarna kuning di tengah-tengah dan terdapat warna biru, merah, putih dan hijau di kiri kanan riben. Buah pingatnya berwarna perak.


Di muka hadapan buah pingat, terdapat potret Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong ke-14 di tengah-tengah. Di sekelilingnya tertulis ‘PERTABALAN SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG XIV’.


Di muka belakang buah pingat, di sekelilingnya tertulis di dalam tulisan Jawi ‘PERTABALAN SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG 14 AL-MU’TASSIMU BILLAHI MUHIBBUDDIN TUANKU ALHAJ ABDUL HALIM IBNI ALMARHUM SULTAN BADLISHAH’.

Di tengah-tengah muka belakang buah pingat ini terdapat lambang peribadi Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong dan di bawahnya tandatangan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong. Di bawah tandatangan tertulis di dalam tulisan Jawi ‘11. APRIL 2012’ ‘19 JAMADIL AWAL 1433’.

Selasa, 23 Ogos 2011

PERISITIWA PERTABALAN KDYMM SULTAN HAJI AHMAD SHAH SEBAGAI SULTAN PAHANG



Dengan kehendak dan ketentuan Allah s.w.t., KDYMM Sultan Sir Abu Bakar  Ri’ayatuddin Al-Mu’adzam Shah telah pun mangkat pada tanggal 5 Mei 1974, setelah memerintah negeri Pahang selama 52 tahun. Kemangkatan Raja Pemerintah yang namanya sentiasa meniti di bibir rakyat negeri Pahang ini telah ditangisi oleh seluruh rakyat jelata.

Yang patah akan tumbuh, yang hilang akan berganti. Demikian pepatah lama dan begitu jugalah takdir yang menetukan.  Pada 7 Mei 1974, KDYTM Tengku Mahkota Pahang, Tengku Haji Ahmad Shah telah dimasyhurkan sebagai raja pemerintah menggantikan Almarhum Paduka Ayahanda. Setelah genap setahun di atas tahta kerajaan negeri Pahang, pada 8 Mei 1975, Baginda telah ditabalkan dan dimahkotakan dengan gelaran KDYMM Sultan Haji Ahmad Shah Al-Muasta’in Billah, Sultan dan Yang Dipertuan Negeri Pahang, di dalam suatu upacara yang penuh adat istiadat diraja, dengan penuh kebesaran dan gilang gemilang, di Balairong Seri Istana Abu Bakar, Pekan.


Sejak itu, negeri Pahang di bawah pemerintahan KDYMM Tuanku dan menjadi bertambah maju dan sentiasa aman damai dan sejahtera.

UNDANG-UNDANG TUBUH KERAJAAN NEGERI PAHANG



BAHAGIAN PERTAMA UNDANG-UNDANG TUBUH KERAJAAN NEGERI PAHANG

BAB 1 - RAJA PEMERINTAH
  • Raja Pemerintah
  • Raja Pemerintah dan Waris-waris Negeri yang akan menggantikannya hendaklah Melayu daripada Darah Raja dan hendaklah beragama Islam
  • Keturunan Sultan Haji Ahmad Shah
  • Keturunan Almarhum Sultan Abu Bakar, Sultan Abdullah dan Sultan Ahmad
  • Jika tiada keturunan Almarhum Sultan Abu Bakar, Sultan Abdullah dan Sultan Ahmad yang layak menjadi Raja Pemerintah
  • Memilih, melantik dan menabalkan Raja Pemerintah
  • Raja Pemerintah meninggalkan Negeri berlama-lamaan
  • Raja Pemerintah turun dari takhta
  • Penamatan elaun Raja Pemerintah dalam hal-hal yang tertentu
  • Elaun Raja Pemerintah
  • Wakil Raja Pemerintah dalam Majlis Raja-Raja
  • Isteri Raja Pemerintah

BAB II - JUMAAH PEMANGKU RAJA
  • Tugas-tugas Diraja
  • Jumaah Pemangku Raja
  • Raja Pemerintah belum cukup umur
  • Keuzuran Raja Pemerintah
  • Kegeringan sedikit-sedikit dan meninggal negeri
  • Raja Pemerintah menjalankan tugas-tugas Yang di-Pertuan Agong
  • Lantikan Pemangku Raja atau Jumaah Pemangku Raja

BAB III - WARIS GANTI
  • Lantikan Waris Ganti
  • Elaun untuk Waris Ganti dan Isterinya
  • Waris Ganti meninggalkan negeri, dilucutkan jawatan dan menyerahkan balik kuasa
  • Waris-Waris Ganti dan Kerabat-Kerabat Diraja yang boleh mengganggu hal-ehwal Negeri

BAB IV - AGAMA NEGERI
  • Agama Negeri
  • Raja Pemerintah Ketua Agama Negeri
  • Majlis Adat Istiadat Negeri Pahang

BAB V - JUMAAH PANGKUAN NEGERI
  • Mengadakan mesyuarat-mesyuarat Jumaah Pangkuan Negeri dan kehadiran dalam mesyuarat-mesyuarat itu
  • Cukup bilangan
  • Lebih suara
  • Peraturan Tetap

BAB VI - PANGKAT-PANGKAT KEMULIAAN DAN ATURAN ADAT ISTIADAT
  • Raja Pemerintah sahaja yang menjadi punca kemuliaan
  • Hak Raja Pemerintah mengurniakan gelaran-gelaran dan pangkat-pangkat kemuliaan
  • Taraf gelaran
  • Taraf gelaran
  • Kuasa melucutkan gelaran

BAB VII - PERKARA-PERKARA AM
  • Had-had kuasa Raja Pemerintah
  • Cogankata Negeri, Panji-Panji dan Lambang Negeri
  • Pindaan Bahagian ini
  • Pentafsiran Undang-undang Tubuh Kerajaan oleh Mahkamah Tinggi
  • Tafsiran

BAB VIII - PEMBATALAN
  • Pembatalan
  • Jadual

BAHAGIAN KEDUA UNDANG-UNDANG TUBUH KERAJAAN NEGERI PAHANG

BAB I - PEMERINTAHAN
  • Kuasa Pemerintahan
  • Lantikan Menteri Besar
  • Majlis Mesyuarat Kerajaan
  • Sumpah Jawatan
  • Raja Pemerintah menjalankan kewajipan hendaklah mengikut nasihat
  • Cukup bilangan Majlis Mesyuarat Kerajaan
  • Rayuan-rayuan kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan
  • Minit-minit mesyuarat
  • (Dimansuhkan oleh Phg. En. 7/93)
  • Perlantikan Setiausaha Kerajaan, Penasihat Undang-Undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri
  • (Dimansuhkan oleh Phg. En. 7/93)
  • (Dimansuhkan oleh Phg. En. 7/93)
  • (Dimansuhkan oleh Phg. En. 7/93)

BAB II - KUASA MENGAMPUNI
  • Kuasa mengampuni dan lain-lain

BAB III - KUASA NEGERI
  • Kuasa negeri berkenaan dengan harta, kontrak-kontrak dan pendakwaan-pendakwaan

BAB IV - BADAN PERUNDANGAN
  • Badan Perundangan Negeri
  • Ahli-ahli Dewan Negeri
  • Kelayakan ahli-ahli
  • Lucut kelayakan menjadi ahli Dewan Negeri
  • Syarat-syarat menengah menjadi ahli dua kawasan pilihan raya
  • Natijah jika seorang ahli yang lucut kelayakan menjadi ahli dan tegahan menamakan calon dengan tiada persetujuannya
  • Ahli-ahli meletakkan jawatan
  • Seseorang ahli yang tiada hadir
  • Keputusan lucut kelayakan menjadi ahli
  • Memanggil mesyuarat Dewan Negeri, memberhentikannya dan membubarkannya
  • Yang Dipertua dan Timbalan Yang Dipertua Dewan Negeri
  • Ahli-ahli mengangkat sumpah
  • Titah Diraja
  • Peraturan Dewan Negeri
  • Saraan ahli
  • Mengisytiharkan Rang Undang-Undang
  • Rang Undang-Undang Persendirian
  • Menjalankan kuasa undang-undang
  • Sekatan mengemukakan Rang Undang-Undang dan mencadangkan pindaan yang membabitkan cukai, perbelanjaan dan lain-lain
  • Perkataan-perkataan yang memperundangkan
  • Cukup bilangan
  • Minit-minit mesyuarat
  • Keistimewaan-keistimewaan Dewan Negeri

BAB V - KEWANGAN
  • Cukai tidak boleh dikenakan melainkan dengan kebenaran undang-undang
  • Perbelanjaan yang dipertanggungkan bayarannya ke atas Kumpulan Wang Disatukan
  • Penyata kewangan tahunan
  • Rang Undang-undang Perbekalan
  • Perbelanjaan tambahan dan perbelanjaan berlebihan
  • Mengeluarkan wang daripada Kumpulan Wang Disatukan

BAB VI - PERKARA AM
  • Bahasa rasmi
  • Simpanan yang diuntukkan bagi orang-orang Melayu berkenaan dengan jawatan-jawatan, permit-permit dan lain-lain
  • Layanan yang sama kepada pekerja-pekerja Negeri
  • Mohor Negeri
  • Ikrar sebagai ganti sumpah
  • Pindaan kepada Bahagian ini
  • Pentafsiran Undang-Undang Tubuh Kerajaan oleh Mahkamah Tinggi
  • Tafsiran
  • Had kedaulatan Raja Pemerintah dipelihara

BAB VII - SYARAT-SYARAT PERALIHAN
  • Syarat-syarat sementara berkenaan dengan ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan
  • Pemegang-pemegang yang ada sekarang bagi jawatan Setiausaha Kerajaan, Penasihat Undang-Undang Negeri, Pegawai Kewangan Negeri, akan terus memegang jawatan masing-masing

BAB VIII - PEMBATALAN
  • Pembatalan
  • Jadual Pertama-Sumpah Jawatan
  • Jadual Kedua-Sumpah Rahsia
  • Jadual Ketiga-Keistimewaan-keistimewaan dan kuasa Dewan Negeri