"SESIAPA YANG TIDAK BELAJAR DARIPADA SEJARAH, AKAN TERHUKUM MENGULANGI KESILAPAN SILAM"

Khamis, 28 November 2019

SEMBAH TAHNIAH AL-SULTAN ABDULLAH & SULTAN NAZRIN

Sembah Tahniah ke sisi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang diwasalkan Darjah Kerabat Diraja Yang Amat Dihormati Perak (D.K. Perak), oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Mu’izzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah.


Istiadat berlangsung di Dewan Seri Maharaja, Istana Negara, pada pagi 28 November 2019.


Pada istiadat yang sama jua, Paduka Seri Sultan Nazrin turut diwasalkan Darjah Kerabat Sri Indera Mahkota Pahang Yang Amat Dihormati (D.K. Pahang), oleh Al-Sultan Abdulah.










Rabu, 20 November 2019

GELARAN & PANGGILAN HORMAT BAGI KERABAT DIRAJA PAHANG

Jumaah Pangkuan Diraja Pahang yang bersidang pada 15 Ogos 2019 telah mengeluarkan pengisytiharan gelaran dan panggilan hormat bagi Kerabat Diraja Pahang.

Duli Yang Amat Mulia Sultanah Hajah Kalsom Abdullah dikenali dengan gelaran baharu iaitu Yang Amat Mulia Cik Puan Besar Hajah Kalsom Abdullah.

Yang Amat Mulia Tengku Amir Nasser menerima pengurniaan gelaran yang baharu iaitu Tengku Panglima Raja. Maka gelaran yang baharu untuk Yang Amat Mulia Tengku Amir Nasser adalah Yang Amat Mulia Tengku Panglima Raja Tengku Amir Nasser.

Bagi mengisi kekosongan gelaran Tengku Arif Bendahara, Jumaah Pangkuan Diraja Pahang memutuskan bahawa Yang Amat Mulia Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah dikurniakan gelaran Tengku Arif Bendahara. Maka, gelaran baharu untuk Yang Amat Mulia Tengku Muhammad Iskandar adalah Yang Amat Mulia Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Jumaah Pangkuan Diraja Pahang telah memutuskan Yang Amat Mulia Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah dikurniakan gelaran baharu iaitu Tengku Panglima Muda. Maka, gelaran baharu Yang Amat Mulia Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah adalah Yang Amat Mulia Tengku Panglima Muda Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Bllah Shah.

Jumaah Pangkuan Diraja Pahang telah memutuskan 5 orang Puteri Diraja Pahang dikurniakan gelaran baharu iaitu Tengku Puteri Raja. Maka, gelaran baharu untuk Puteri-Puteri Diraja Pahang adalah seperti berikut:
1. Yang Amat Mulia Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Iman Afzan
2. Yang Amat Mulia Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilisha Ameera
3. Yang Amat Mulia Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Iliyana
4. Yang Amat Mulia Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah
5. Yang Amat Mulia Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah





Isnin, 11 November 2019

SELAMAT HARI KEPUTERAAN TENGKU PUTERI IMAN AFZAN

Selamat Hari Ulangtahun Keputeraan Yang Amat Mulia Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Iman Afzan binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, pada 11 November 2019