Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus
Sempena Ulangtahun Hari Keputeraan yang ke-78
Pada 10 Januari 2026 yang lalu, Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah telah berkenan berangkat ke Negeri Melaka.
Keberangkatan Paduka Baginda berdua ke negeri Melaka adalah atas perkenan mencemar duli berangkat menghadiri Majlis Resepsi Persandingan Pacal Didik kepada Yang Berbahagia Datuk Wira Dr. Nur Azmi bin Ahmad, serta atas beberapa urusan rasmi yang lain.
Keberangkatan tiba Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang ke negeri Melaka disambut oleh Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang Dipertua Negeri Melaka dan Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman. Turut hadir ialah Yang Berhormat Datuk Wira Salhah binti Salleh, Pegawai Kewangan Negeri Melaka dan Yang Berbahagia Datin Wira Rushalinda binti Muhammad, isteri kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka.
Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang kemudiannya turut berkenan berangkat ke Istana Melaka, bagi santapan tengahari. Kemudiannya, Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang berkenaan mencemar duli mengadakan lawatan sekitar Jonker Walk dan Banda Hilir.
Turut mengiringi keberangkatan KDPB Tengku Ampuan Pahang ke sekitar Jonker Walk dan Banda Hilir ialah Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman, Yang Berhormat Datuk Wira Salhah binti Salleh dan Yang Berbahagia Datin Wira Rushalinda binti Muhammad.
Sepanjang lawatan ini,
Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang telah berkenan melihat proses
pembuatan kasut manik, kebaya nyonya dan bakul siah, serta berkenan mencemar duli melawat kedai-kedai
menjual cenderamata di sekitar Jonker Walk dan Banda Hilir.
Merafak Sembah dan Setinggi-tinggi
Ucapan Tahniah ke sisi Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan
Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad
Shah Al-Musta’in Billah sempena genap 7 tahun menaiki takhta sebagai Sultan
bagi Negeri Pahang Darul Makmur dan segala Jajahan Takluknya, pada hari ini.
Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj telah berkenan bercemar duli berangkat ke Majlis Resepsi Persandingan Encik Ahmad Syahmi bin Nur Azmi dan pasangannya Cik Fatin Amirah binti Mohd Azizi; serta Encik Ahmad Syahazam bin Nur Azmi dan pasangannya Cik Nurul Balqis binti Syaharudin.
Kedua pengantin lelaki adalah merupakan Pacal Didik kepada Setiausaha Khas TYT Yang Dipertua Negeri Melaka, Yang Berbahagia Datuk Wira Nur Azmi bin Ahmad dan isteri, Datin Wira Noor Adilah binti Zulkepli. Majlis Resepsi Persandingan ini berlangsung di Teratak Zahara, Kampung Atap, Ujong Pasir, Melaka pada malam 10 Januari 2026.
Turut hadir mengiringi Paduka Baginda berdua ialah Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang Dipertua Negeri Melaka dan Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah Binti Ab Rahman.
Datuk Wira Dr. Nur Azmi
juga adalah merupakan Presiden Melaka Football Club, Presiden Persekutuan
Karate Malaysia dan Timbalan Presiden Majlis Olimpik Malaysia.