"SESIAPA YANG TIDAK BELAJAR DARIPADA SEJARAH, AKAN TERHUKUM MENGULANGI KESILAPAN SILAM"

Selasa, 29 Januari 2019

SEMBAH TAHNIAH

Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah di atas Perlantikan dan Pemasyhuran Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Pahang,
Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj
&
Perlantikan dan Pemasyhuran Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Al-Mustafa Billah Shah.

اَللّٰهُ أَكْبَر‎
DAULAT TUANKU!





Khamis, 24 Januari 2019

KENYATAAN AKHBAR PENYIMPAN MOHOR BESAR RAJA-RAJA

Kenyataan Akhbar yang dikeluarkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja mengenai pemilihan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong XVI dan Timbalan Yang Dipertuan Agong


Kredit: Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia

SEMBAH TAHNIAH


بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم

الحمد لله ربّ العالمين
وبه نستعين

Patik merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah di atas Perlantikan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah, sebagai Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong ke-16.

اَللّٰهُ أَكْبَر‎
اَللّٰهُ أَكْبَر‎
اَللّٰهُ أَكْبَر‎

DAULAT TUANKU!
DAULAT TUANKU!
DAULAT TUANKU!

Sabtu, 19 Januari 2019

SAMPUL SURAT HARI PERTAMA PERTABALAN DYMM SULTAN PAHANG 1975

Sempena hari pertabalan KDYMM Sultan Haji Ahmad Shah sebagai Sultan Pahang ke-5 pada 8 Mei 1975, satu Sampul Surat Hari Pertama pertabalan telah dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Pos sebagai kenang-kenangan.

Sampul surat yang dihiasi dengan lukisan bendera peribadi Sultan Pahang dan Istana Abu Bakar. Di bahagian bawahnya tertulis "Pertabalan D.Y.M.M. Sultan Pahang 1975".

Di sudut atas sebelah kanan, terdapat 2 setem khas mengandungi potret KDYMM Sultan Haji Ahmad, bernilai 15 sen dan 10 sen yang dikeluarkan sempena sampul surat hari pertabalan tersebut.

Selasa, 15 Januari 2019

KENYATAAN MEDIA PEJABAT KDYMM SULTAN PAHANG

KENYATAAN MEDIA
PEJABAT KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA
SULTAN PAHANG DARUL MAKMUR

بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Mulai hari Selasa, 15 Januari 2019 bersamaan 9 Jamadilawal 1440 Hijrah, nama dan gelaran rasmi bagi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang ke-6 ialah :

KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN PAHANG,
AL-SULTAN ABDULLAH RI'AYATUDDIN AL-MUSTAFA BILLAH SHAH IBNI SULTAN HAJI AHMAD SHAH AL-MUSTA'IN BILLAH

Ianya membawa maksud :

SULTAN ABDULLAH PEMBELA AGAMA YANG TERPILIH OLEH ALLAH

وبالله التوفق والهدية والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته



SETIAUSAHA SULIT KEPADA
KDYMM SULTAN PAHANG

Termaktub     : Pejabat KDYMM Sultan Pahang
                        Pekan, Pahang
Pada             : 15 Januari 2019

DAULAT TUANKU


بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم

الحمد لله ربّ العالمين
وبه نستعين

Tok Bentara Mangkubumi - Blog dengan ini Merafak Sembah Ucapan Setinggi Tinggi Tahniah di atas Permasyhuran Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah sebagai Sultan dan Raja Pemerintah bagi Negeri Pahang dan segala Jajahan Takluknya.

Patik mendoakan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah agar sentiasa berada dalam peliharaan Allah SWT dan bersemayam di takhta kebesaran dengan penuh Kedaulatan, Hidayah dan Syariat Ilahi.

اَللّٰهُ أَكْبَر‎
اَللّٰهُ أَكْبَر‎
اَللّٰهُ أَكْبَر‎

DAULAT TUANKU!
DAULAT TUANKU!
DAULAT TUANKU!

TOK BENTARA MANGKUBUMI - BLOG
15 Januari 2019

Ahad, 13 Januari 2019

MERAFAK SEMBAH & MENJUNJUNG KASIH

بسم الله الرحمن الرحيم

Merafak sembah dan menjunjung kasih di atas permasyhuran Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Abdullah al-Haj ibni Sultan Haji Ahmad Shah al-Musta'in Billah sebagai Paduka Seri Sultan dan Raja Pemerintah bagi Negeri Pahang dan segala Jajahan Takluknya. Semoga Tuanku diberikan petunjuk dalam memerintah Negeri ini dan seterusnya menjadikan Negeri ini sebuah negeri yang diberkati dan diampuni Tuhan.

Menjunjung kasih juga kepada Paduka Ayahnda Seri Sultan Haji Ahmad Shah al-Musta'in Billah ibni Almarhum Sultan Sir Abu Bakar Ri'ayatuddin Mu'adzam Shah kerana dengan kebijaksanaan dan kerelaan hati telah menyerahkan tampuk pemerintahan negeri ini kepada Paduka Seri Sultan yang baharu setelah menjadi Sultan dan Raja Pemerintah yang menaungi kami selama 45 tahun. Allah sahajalah yang membalas segala kebaikan yang telah Paduka Seri lakukan.

Semoga Allah merahmati dan memberkati pemerintahan Paduka Seri Sultan Pahang yang baharu ini, menjadikan negeri Pahang ini Aman dan Makmur, dan rakyatnya bersatu padu, harmoni dan saling menghormati.

Semoga Allah menjadikan Negeri ini sebuah negeri yang menggunakan hasil buminya dengan telus dan amanah, memberi nikmat dan kebaikan kepada rakyatnya, dalam pemerintahan Paduka Seri Sultan Pahang yang baharu.

Daulat Tuanku!
Daulat Tuanku!
Daulat Tuanku!

قال تعالى:
قُلِ اللَّهُمَّ مَالِكَ الْمُلْكِ تُؤْتِي الْمُلْكَ مَن تَشَاءُ وَتَنزِعُ الْمُلْكَ مِمَّن تَشَاءُ وَتُعِزُّ مَن تَشَاءُ وَتُذِلُّ مَن تَشَاءُ ۖ بِيَدِكَ الْخَيْرُ ۖ إِنَّكَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ(3:26

Sabtu, 12 Januari 2019

SIDANG MEDIA PERMASYHURAN SULTAN PAHANG KE-6

SIDANG MEDIA YAM TENGKU MUDA PAHANG, TENGKU ABDUL RAHMAN AL-HAJ IBNI SULTAN AHMAD SHAH AL-MUSTA'IN BILLAH
12 Jan 2019 (Sabtu)
Bilik Menghadap Utama, Istana Abu Bakar, Pekan.

Memaklumkan keputusan Mesyuarat Jumaah Pangkuan Diraja Negeri Pahang  yang dipengerusikan oleh YAM Tengku Muda Pahang telah meluluskan Pindaan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Pahang seperti berikut:-
 "Pindaan terhadap Undang2 Tubuh Kerajaan Pahang bagi masukkan peruntukan baru iaitu Perkara 9A ke dalam Bahagian 1 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Pahang bagi membolehkan seseorang Sultan diturunkan tahta atas sebab kegeringan yang besar dan berat".

Keputusan mesyuarat telah membuat keputusan memilih KDYMM Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Abdullah Al-Haj  sebagai Sultan Pahang ke-6 berkuatkuasa hari ini, 12 Jan 2019.

YAM Tengku Muda Pahang turut memaklumkan :
- Istiadat  Pemasyhuran KDYMM Sultan Pahang ke-6 akan berlangsung pada 15 Jan 2019 pada pukul 11 pagi di Balairong Seri, Istana Abu Bakar, Pekan.

- KDYTM Tengku Puan Pahang akan dimasyhurkan sebagai KDYMM Tengku Ampuan Pahang.

- Mulai hari ini, gelaran bagi Sultan Haji Ahmad Shah telah dicadang dan diperkenankan oleh KDYMM Pemangku Raja sebagai Duli Yang Maha Mulia Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah.

- Manakala gelaran Sultanah Pahang ialah DYAM Sultanah Kalsom.

- Istiadat Pertabalan Sultan Pahang ke-6 akan diadakan dalam tempoh setahun pemerintahan baginda.

DAULAT TUANKU
DIRGAHAYU TUANKU