"SESIAPA YANG TIDAK BELAJAR DARIPADA SEJARAH, AKAN TERHUKUM MENGULANGI KESILAPAN SILAM"

Ahad, 13 Disember 2015

J.P. RODGER AJAR TENGKU MAHMUD MEMERINTAH NEGERI

J.P. Rodger datang ke Pahang sebagai Residen British pertama, dalam tahun 1884. Beliau disediakan sebuah rumah kediaman yang berdekatan dengan istana Sultan Ahmad di Pekan.

Kebetulan pada masa itu, Sultan Ahmad sedang mempersiapkan putera sulung baginda sebagai Bakal Sultan. Kehadiran J.P. Rodger ibarat bulan jatuh ke riba. Rodger telah diminta oleh Sultan Ahmad supaya dapat mengajar putera baginda itu tentang cara-cara menjalankan pentadbiran negeri. Menurut ceritanya, Rodger telah dibayar elaun khas sepanjang menjalankan tugas tidak rasmi itu.

Tunjuk ajar yang diterima oleh Tengku Mahmud yang baru berusia 16 tahun ketika itu, benar-benar memberi faedah yang besar kepada Sultan Ahmad. Apabila baginda melantik Tengku Mahmud menjadi Pemangku Raja dalam tahun 1888, Tengku Mahmud telah dapat mentadbir dengan baik dan mendapat keyakinan penuh daripada Residen dan pembesar-pembesar negeri.

Menjelang tahun 1900, Tengku Besar Mahmud menjalankan pentadbiran negeri sepenuhnya, kerana Sultan Ahmad sering uzur dan perlu berehat di istana.

Sabtu, 12 Disember 2015

PERKAHWINAN TENGKU MAHMUD DAN TENGKU MARIAM DAMAIKAN PAHANG – JOHOR

Perang Saudara Pahang yang melibatkan 2 orang putera Bendahara Tun Ali pada awal tahun 1856 telah merenggangkan perhubungan di antara negeri Pahang dan Johor.

Ia berpunca dari tindakan Sultan Abu Bakar Johor yang telah menyebelahi Tun Mutahir, Bendahara Pahang yang ditentang oleh Wan Ahmad. Sultan Abu Bakar mempunyai alasan yang kuat untuk membantu kerana baginda merupakan menantu Bendahara Tun Mutahir.

Apabila Wan Ahmad dapat mengalahkan kekandanya dan menjadi Bendahara Pahang dalam tahun 1863, perhubungan Baginda dengan Sultan Abu Bakar Johor semaikin tegang.

Bagaimanapun, perkahwinan putera sulung baginda, Tengku Besar Mahmud dengan puteri sulung Sultan Abu Bakar, Tengku Mariam yang berlangsung di Istana Johor pada 14 September 1897, telah dapat merapatkan kembali perhubungan di antara kedua-dua negeri tersebut.

Menurut ceritanya, Sultan Ahmad sering tinggal dan bermalam di Istana Johor sewaktu berurusan dengan Frederick Weld, Gabenor Negeri-Negeri Selat di Singapura atau sewaktu beralih angin.

Demikian juga Sultan Ibrahim, putera Sultan Abu Bakar. Baginda sering melawat Sultan Ahmad di Pekan, sekiranya ada masa kelapangan.

BENDAHARA WAN ALI DIGELAR MARHUM LAMIR

Selepas Wan Ahmad diputerakan dalam tahun 1836, Bendahara Sriwa Raja Wan Ali meninggalkan Tiang Bendera (Pulau Maulana) dan berpindah ke satu tempat yang terletak di Pahang Tua, Pekan, yang bernama Lamir.

Baginda bersemayam di situ sehinggalah mangkat dalam tahun 1857 dan disemadikan bersebelahan makam ayahanda baginda, Bendahara Tun Koris di Makam Diraja Kampung Marhum, Kuala Pahang. Disebabkan baginda mangkat sewaktu berada di Lamir, baginda digelar ‘Marhum Lamir’.

Lamir yang ada pada hari ini merupakan salah sebuah kampung yang terbesar di dalam mukim Pahang Tua, dalam daerah Pekan.

Ahad, 6 Disember 2015

SULTAN ABU BAKAR MENYAMAR DI BANDAR PEKAN PADA WAKTU MALAM

Setelah ditabalkan sebagai Sultan Pahang pada 28 Mei 1933, Sultan Abu Bakar telah melakukan banyak perubahan.

Salah satu daripadanya, Baginda suka menyamar sebagai orang biasa pada waktu malam, untuk memerhatikan hal keadaan rakyat jelata, terutama sekali orang-orang muda yang selalu berkeliaran pada waktu malam di bandar Pekan.

Penyamaran yang dilakukan oleh Sultan Abu Bakar telah dapat membanteras banyak kejadian buruk yang dilakukan oleh pemuda-pemudi di Bandar Diraja Pekan pada masa itu.

Ahad, 25 Oktober 2015

SENARAI PENERIMA KURNIAAN DARJAH-DARJAH KEBESARAN NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR, SEMPENA MEMULIAKAN ULANGTAHUN HARI KEPUTERAAN KDYMM SULTAN PAHANG, 24 OKTOBER 2015


DARJAH KEBESARAN SULTAN HAJI AHMAD SHAH PAHANG YANG AMAT DI MULIA – PERINGKAT PERTAMA
SRI SULTAN AHMAD SHAH PAHANG (S.S.A.P.)

1.    Yang Amat Mulia Tengku Panglima Perang Pahang
Tengku Abdul Aziz ibni Almarhum Sultan Abu Bakar
2.    YAB Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir bin Haji Baharom
3.    YAB Dato’ Seri (Dr.) Ir. Haji Idris bin Haji Haron
4.    YB Dato’ Haji Ishak bin Haji Muhamad
5.    YBhg. Tan Sri Ismee Ismail
6.    YM Tengku Dato’ Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
7.    YBhg. Datuk Tun Abdul Majid bin Tun Hamzah
8.    YH Dato’ Seri Zainal Rahim bin Seman
9.    YH Dato’ Ir. Zainor Rahim bin Ibrahim
10. YH Dato’ Azizan bin Ahmad
11. YH Datuk Haji Mustafar bin Haji Ali
12. YH Dato’ Mustafa bin Haji Ibrahim
13. YBhg. Leftenan Jeneral (B) Datuk Abdul Aziz bin Ibrahim
14. Leftenan Jeneral Dato’ Sabri bin Adam, TUDM
15. YH Dato’ Mohamad Zaini bin Salleh
16. YH Dato’ Mohammad Redzuan Mohanan Abdullah
17. YH Dato’ Yap Wee Keat
18. YH Dato’ Haji Shahrizal bin Haji Md Ishak
19. YH Dato’ Wira Muhammad Ikmal Opat bin Abdullah
20. YBhg. Datuk Paduka Ghazali bin Ibrahim
21. YH Dato’ Selvarajoo A/L Sinnaiyah
22. Encik Muhammad Azri bin Dato’ Haji Zolkifli
23. Encik Tan Kim Hua
24. Encik Ting Sie Huong

DARJAH KEBESARAN SULTAN HAJI AHMAD SHAH PAHANG YANG AMAT DI MULIA – PERINGKAT PERTAMA
SRI SULTAN AHMAD SHAH PAHANG (S.S.A.P.) (KEHORMAT)

1.    Honourable Francisco Kalbuadi Lay

DARJAH KEBESARAN MAHKOTA PAHANG YANG AMAT MULIA – PERINGKAT PERTAMA
SRI INDERA MAHKOTA PAHANG (S.I.M.P.)

1.    YBhg. Datin Sri Puan Sri Khairani binti Mohd Zain
2.    YH Dato’ Haji Mohamad Roslan bin Harun
3.    Encik Mohd Ridhuan bin Ismail

DARJAH KEBESARAN SULTAN HAJI AHMAD SHAH PAHANG YANG AMAT DI MULIA – PERINGKAT KEDUA
DARJAH SULTAN AHMAD SHAH PAHANG (D.S.A.P.)

1.    YH Dato’ Setia Raja
YM Tengku Dato’ Ibrahim @ Alam Shah bin Tengku Abdul Ghani
2.    YBhg. Datin Sri Zurina Dadameah binti Zulkiflee Dadameah
3.    YH Dato’ Dr. Penny Tevaraj A/L Ponniah
4.    Dr. Kamarudin bin Md. Isa
5.    YH Dato’ Suhaimi bin Mohd Yunus
6.    YH Dato’ Nazri bin Abu Bakar
7.    YH Dato’ Haji Wan Bakri bin Haji Wan Ismail
8.    Dr. Zainal Ariffin bin Omar
9.    Ir. Shaharuddin bin Ibrahim
10. YH Dato’ Ahmad Khirrizal bin Haji Abdul Rahman
11. YBhg. Datuk Mohamed Razeek bin Md Hussain Maricar
12. Tuan Haji Mohd Izani bin Ghani
13. Encik Roushan Arumugam
14. Encik Leong Kin Kun

DARJAH KEBESARAN SULTAN HAJI AHMAD SHAH PAHANG YANG AMAT DI MULIA – PERINGKAT KEDUA
DARJAH SULTAN AHMAD SHAH PAHANG (D.S.A.P.) (KEHORMAT)

1.    Puan Anna Julia Wilson

DARJAH KEBESARAN MAHKOTA PAHANG YANG AMAT MULIA – PERINGKAT KEDUA
DARJAH INDERA MAHKOTA PAHANG (D.I.M.P.)

1.    YM Tok Muda Tengku Razman Shah bin Tengku Arif Temenggong Ahmad
2.    YM Tengku Datin Rohsita binti Tengku Abdul Hamid
3.    YBhg. Datin Sri Mustakizah binti Sulaiman
4.    YBhg. Datin Sri Siti Fauziah binti Sheh Abdul Hamid
5.    YBhg. Datin Sri Burhah binti Mohammed
6.    Ybhg. Datin Sri Hajah Arbaayah binti Wahab
7.    TYT Jamal bin Hasan
8.    TYT Saiful Azam Martinus bin Abdullah
9.    Encik Ali Syahbana bin Sabaruddin
10. Encik Razihan bin Adzharuddin
11. Encik Mohammad Radhi bin Abdul Razak
12. Encik Adi Azuan bin Abdul Ghani
13. Tuan Haji Mahmud bin Mohd Nawawi
14. Tuan Haji Mohammad @ Mokhzani bin Mukhtar
15. Dr. Haji Roselan bin Haji Baki
16. Profesor Madya Ir. Dr. Mohamad Dali bin Isa
17. Encik Kanagasabapathi A/L Shanmugam
18. Mejar (B) Abdul Wahid bin Bidin
19. Brigedier Jeneral Haji Rosni bin Aziz, TUDM
20. Brigedier Jeneral Johar Razali bin Haji Ahmad, TUDM
21. Brigedier Jeneral Haji Saadon bin Hasnan, TUDM
22. Brigedier Jeneral Dzulkarnain bin Haji Ahmad, TUDM
23. Brigedier Jeneral Haji Mohd Adkaa bin Haji Solahuddin, TUDM
24. Brigedier Jeneral Asmuni bin Takriff, TUDM
25. Brigedier Jeneral Dr. Md Zaki bin Md Zain, TUDM
26. Brigedier Jeneral Shamsuri bin Alias, TUDM
27. SAC Mohd Nadzri bin Zainal Abidin
28. SAC Yusoff bin Mohd Amin
29. SAC Cheong Koon Kock
30. Kolonel Ab. Jabar bin Mohamad Aris
31. Encik Amirul Feisal bin Wan Zahir
32. Encik Muhammad Azmi bin Dato’ Haji Zolkifli
33. Dr. Tan Seng Chua
34. Tuan Haji Bahari bin Johari
35. Encik Abdul Hamid bin Sh Mohamed
36. Kapten Mohd Azlan bin Mahmood
37. Tuan Haji Rafa’ai bin Samsi
38. Tuan Haji Mohamed Rafique Merican bin Mohd Wahiuddin Merican
39. Tuan Haji Zulfikri bin Saidin
40. Tuan Haji Hashridz Murshim bin Hassim
41. Encik Ng Chok Sin
42. Puan Nor Azita binti Abdul Rahman
43. Encik Ahmad Husaini bin Abdul Rahman
44. Encik Mohamad Nazri Sheikh Osman
45. Encik Lim Cheng Ling
46. Encik Derek Wong Kit Leong
47. Encik Fong Kon Chu
48. Encik Wai Che Seng