"SESIAPA YANG TIDAK BELAJAR DARIPADA SEJARAH, AKAN TERHUKUM MENGULANGI KESILAPAN SILAM"

Ahad, 28 Mei 2017

KUBU MAT KILAU DI PADANG JERANGAU

Kubu Mat Kilau yang terletak di Padang Jerangau, Kampung Pasir Raja, Dungun merupakan warisan sejarah bangsa kesan perjuangan pahlawan Mat Kilau menentang penjajahan British pada lewat 1890-an. Kubu ini menjadi tempat perlindungan dan pertahanan Mat Kilau bersama para pengikutnya, selain tempat mengatur strategi untuk menyerang kembali penjajah.

Kubu ini diperbuat dari timbunan tanah. Terdapat dua binaan yang digunakan sebagai tempat pengawal bertugas untuk memantau pergerakan musuh. Kubu yang boleh memuatkan kira-kira 50 orang di dalamnya suatu ketika dahulu kelihatan masih elok tetapi mengalami hakisan disebabkan faktor alam dan usianya yang sudah menjangkau lebih 120 tahun.

Kubu ini sering menjadi lokasi kajian bagi pengkaji sejarah, orang ramai dan pelancong.

Isnin, 15 Mei 2017

SENARAI PENERIMA KURNIAAN DARJAH-DARJAH KEBESARAN NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR, SEMPENA MEMULIAKAN ULANGTAHUN HARI KEPUTERAAN KDYMM SULTAN PAHANG, 15 MEI 2017

DARJAH KEBESARAN SULTAN HAJI AHMAD SHAH PAHANG YANG AMAT DI MULIA – PERINGKAT PERTAMA
SRI SULTAN AHMAD SHAH PAHANG (S.S.A.P.)

1. Yang Berbahagia Datin Sri Feona Sim
2. Yang Hormat CP (Bersara) Dato’ Jalaluddin bin Abdul Rahman
3. Yang Hormat Dato’ Dr. Loh Cher Xiong
4. Encik Tan Choon Nan
5. Encik Ee Chang Ku


DARJAH KEBESARAN MAHKOTA PAHANG YANG AMAT MULIA – PERINGKAT PERTAMA
SRI INDERA MAHKOTA PAHANG (S.I.M.P.)

1. Yang Mulia Tengku Dato’ Nurul Kamalia binti Tengku Besar Kamil Ismail
2. Yang Mulia Tengku Madihah Shahzan Kamilah binti Tengku Besar Kamil Ismail
3. Yang Mulia Tengku Aidy Ahmad Shah bin Tengku Besar Kamil Ismail
4. Yang Arif Dato’ Haji Ab. Karim bin Haji Ab. Rahman
5. Yang Hormat Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohd Ali


DARJAH KEBESARAN SULTAN HAJI AHMAD SHAH PAHANG YANG AMAT DI MULIA – PERINGKAT KEDUA
DARJAH SULTAN AHMAD SHAH PAHANG (D.S.A.P.)

1. Yang Hormat Dato’ Shamsuddin bin Haji Nawawi
2. Yang Hormat Mejar Jeneral Dato’ Marsaleh bin Hassim, TUDM
3. Yang Hormat Mejar Jeneral Dato’ Haji Mohammad Salleh bin Haji Osman, TUDM
4. Encik Azhar bin Abdul Manaf
5. Encik Mohamad Jazamuddin bin Haji Ahmad Nawawi
6. Encik Asri bin Hamidon


DARJAH KEBESARAN MAHKOTA PAHANG YANG AMAT MULIA – PERINGKAT KEDUA
DARJAH INDERA MAHKOTA PAHANG (D.I.M.P.)

1. Yang Arif Tuan Hassan bin Abdul Ghani
2. Yang Amat Arif Dato’ Haji Abdul Walid bin Haji Abu Hassan
3. Yang Berbahagia Datin Sri Linda Chen May Yen
4. Yang Berbahagia Datuk Ir. Dr. Azuhan Mohamed
5. Encik George Das
6. Encik Abu Bakar bin Johar
7. Puan Hajah Zuraida binti Mokhtar
8. Encik Letchumanan Ramatha
9. Encik Lee Tek Mook @ Lee Teh Moh
10. Encik Quzier Ambak bin Dato’ Sri Mohamad Fathil
11. Encik Zairil Ayu bin Ibrahim
12. Encik Zaliza bin Zulkipli
13. Encik Mohd Zulkifli bin Hashim
14. Tuan Haji Idros bin Yahya
15. Encik Senthinathan  a/l Dharmalingam
16. Encik Tong Luis Chi Leung
17. Encik Nassier Wahab
18. Encik Johari bin Alifiah
19. Encik Mohd Noor bin Yusoff
20. Ir. Mohd Shukri bin Abdul Razik
21. Dr. Nicholas Boden
22. Encik Chong Chee Cheong
23. Encik Lokman Hakim Pfordten bin Abdul Rahim
24. Brigadier Jeneral Rodzuan bin Abd Ghani, TUDM
25. Brigadier Jeneral Dr. Ismail bin Manuri, TUDM
26. Dr. Junid bin Mohamed Rozali
27. Encik Thanabalan a/l Nadarajah
28. Encik Teo Kim Hoe
29. Dr. Yusof bin Aziz
30. Brigadier Jeneral Haji Hasaza bin Hanafiah, TUDM
31. SAC Muhamad Zaki bin Harun
32. Laksamana Pertama Maritim Wan Mohd Affandi bin Wan Ahmad
33. Encik Zamary bin Suleiman
34. Encik Mohd Al-Bazlinizam bin Mohd Ali
35. Tuan Haji Mohd Nasir bin Nordin
36. Puan Unaizah binti Mohd
37. Encik Naharudin bin Ali
38. Tuan Haji Wan Mohd Shukri bin Dato’ Ariffin
39. Encik Wan Latiff bin Wan Musa
40. Tuan Haji Ahmad Sabri bin Hussin
41. Encik Mohd Matar bin Musa
42. Encik Matandor a/l Subbiah
43. Encik Zulkifli bin Ibrahim


DARJAH KEBESARAN SULTAN HAJI AHMAD SHAH PAHANG YANG AMAT DI MULIA – PERINGKAT KETIGA
SETIA AHMAD SHAH PAHANG (S.A.P.)

1. Laksamana Pertama Maritim Christopher Ravindran a/l W.D. Dass
2. Kolonel (Dr.) Lotfi bin Anuar
3. Encik Mohd Shahrir bin Dato’ Mohd Aripin
4. Encik Jamal Shuhaily bin Shahar
5. Dr. Norli binti Ismail
6. Cik Aminah binti Mohamad
7. Tuan Haji Abdul Aziz bin Awang Mohd


DARJAH KEBESARAN MAHKOTA PAHANG YANG AMAT MULIA – PERINGKAT KETIGA
SETIA MAHKOTA PAHANG (S.M.P.)

1. Yang Mulia Tengku Nor Asmaliza binti Ku Lah
2. Supritenden Soh Hock Sing
3. Encik Tan Yoo Heong
4. Encik Chong Yew Tat
5. Encik Kee Yow Lee
6. Encik Sin Seng Joo
7. Puan Norhasmimi binti Abdul Ghani


DARJAH KEBESARAN SULTAN HAJI AHMAD SHAH PAHANG YANG AMAT DI MULIA – PERINGKAT KEEMPAT
AHLI AHMAD SHAH PAHANG (A.A.P.)

1. Leftenan Komander Ahmad Azahari bin Mohamad, TLDM
2. Leftenan Komander Mohd Azli bin Alias, TLDM
3. DSP Derek Lai Marn Kuen
4. Encik Tan Yang Yang
5. Encik Li Jian Hui
6. Encik Ramli bin Ibrahim
7. Encik Zain Mokhsar bin Ahmad
8. Encik Mustafa Kamal bin Mat
9. Encik Khairuddin bin Ahmad
10. Encik Tau Ah Sing
11. Encik Sharul Mizan bin Haji Mohammad Ayob
12. Puan Sazlina binti Safie


DARJAH KEBESARAN MAHKOTA PAHANG YANG AMAT MULIA – PERINGKAT KEEMPAT
AHLI MAHKOTA PAHANG (A.M.P.)

1. Yang Berbahagia Datin Zalatul Iffa binti Dato’ Ahmad Latifi
2. Leftenan Komander Ideris bin Abdullah, TLDM
3. DSP Wan Zulkifly bin Sahabaludin
4. ASP Mohammad Izzuddin bin Zulkifly
5. Encik Loh San Fatt
6. Encik Jamalrudin bin Haji Samsudin
7. Encik Norhisyam bin Karno
8. Encik Zulkifli bin Mohd Sahalan
9. Encik Mohd Affandi bin Doya
10. Encik Vertrivel a/l Kuppan
11. Encik Saw Chin Ting
12. Encik Muhamad Sujab bin Abu Hasan
13. Encik Amzan bin Abd. Malek
14. Tuan Haji Abdul Aziz bin Mohd Ali
15. Encik Azrul bin Bakhtiar
16. Encik Lee Chee Hou
17. Encik Muthusamy a/l Kandasamy
18. Encik Ismail bin Hashim
19. Encik Azman bin Omar
20. Encik Mohd Hadry bin Dato’ Masri Onn
21. Encik Norsham Nisam bin Abd Malik
23. Puan Noraini binti Mohd Yusof
24. Cik Hafizah binti Mat
25. Encik Abdul Malik bin Ismail
26. Encik Aizuddin bin Anuar
27. Encik Kamaluddin bin Adam
28. Puan Roshaliza binti Samat
29. Puan Sumiliana binti Sulong
30. Puan Suriani binti Salihan
31. Cik Hazmah binti Hamzah
32. Puan Azlaili binti Daharudin
33. Puan Huzairah binti Nasir
34. Puan Nor Azilah binti Abdul Aziz


PINGAT KHIDMAT CEMERLANG (P.K.C.)

1. Tuan Sheikh Hassan bin Sheikh Zainuddin
2. Encik Zulkepli bin Haron
3. Encik Rasedi bin Wahab
4. Tuan Haji Syied Mahmud bin Syied Yasin
5. Encik Khaidhir Azly bin Daharudin
6. Encik Borhan bin Wan Ngah
7. Puan Syaripah binti Embong
8.Puan Norazam binti Harun
9. Puan Samiah binti Mahmud


PINGAT KELAKUAN TERPUJI (P.K.T.)

1. Yang Mulia Tengku Norziah binti Tengku Bahaznan Shah
2. Encik Wan Rushdan bin Wan Mohamed
3. Encik Mohd Rosli bin Mohamed Shah
4. Encik Ahmad Faisal bin Dato’ Mohd Taib
5. Encik Noor Azman bin Nordin
6. Encik Lokman Shah bin Haji Pilus
7. Encik Hassan bin Ab. Rahman
8. Encik Arrissfathillah bin Idris
9. Puan Nor Aini binti Abu Bakar
10. Puan Noor Asmah binti Mohamed
11. Puan Norijazaidah binti Mohd Said
12. Puan Zaitun binti Sulaiman
13. Puan Uslija binti Mat Yusoh
14. Puan Noorazmi binti Mohamed
15. Encik Selvakumar a/l Kangaratnam
16. Puan Norasimah binti Endut


PINGAT JASA KEBAKTIAN (P.J.K.)

1. Sarjan Roslan bin Bachik
2. Pegawai Waran Udara I Hairul Azhar bin Sirojudin
3. Encik Safaruddin bin Arshad
4. Encik Low Yong San
5. Encik Gilbert a/l Adaikalam
6. Encik Mohd Isa bin Md Dak
7. Encik Mohd Yusof bin Abdullah
8. Encik Mohd Zarudin bin Mat Salim
9. Tuan Syed Firman Syamil bin Syed Affendy
10. Puan Rosziana binti Mustafa Kamar
11. Puan Sharifah Zaleha binti Syed Salim
12. Puan Norehan binti Abdul Rauf
13. Puan Noor Zalila binti Ahmad
14. Puan Masina binti Idris

Ahad, 7 Mei 2017

HARI HOL NEGERI PAHANG

Hari ini seluruh negeri Pahang bercuti sempena Hari Hol Negeri Pahang. Mengikut definisi Kamus Dewan, Hol bermaksud 'Kenduri arwah yang diadakan setahun sekali'. Manakala Kerajaan Negeri Pahang mendefinisikan Hari Hol sebagai 'Memperingati Kemangkatan Keluarga Diraja'.

Hari Hol Negeri Pahang adalah sempena memperingati kemangkatan Sultan Pahang ke-4, Almarhum Sultan Sir Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Abdullah. Almarhum telah memerintah negeri Pahang selama 42 tahun, iaitu dari tahun 1932 sehingga 1974.

Almarhum mangkat di Istana Peninjau, Pekan pada 5 Mei 1974, akibat diserang sakit jantung. Tahun 2017 adalah Hari Hol Almarhum Sultan Abu Bakar yang ke-43.

Semuga Allah mencucuri Rahmat ke atas Roh Almarhum. Al-Fatihah.

Isnin, 1 Mei 2017

KERIS KESULTANAN PAHANG

Terdapat 17 bilah keris yang digunakan oleh Kesultanan Pahang yang bermula dari Almarhum Sultan Ahmad Al-Mu'azzam Shah(1882-1914).

Keris-keris tersebut adalah:
1 Keris Rimau Jantan
2 Keris Penyalang
3 Keris Candan
4 Keris Candan Laut
5 Keris Tombak Kuping
6 Keris Lindung Bulan
7 Keris Beruk Berayun
8 Keris Tedung
9 Keris Tok Komang Isi
10 Keris Canang Laut
11 Keris Lalat Hijau
12 Keris Tok Bidan
13 Keris Mabuk Laut
14 Keris Kilat Senja
15 Keris Keraton
16 Keris Tok Bali
17 Pedang Jalak Lenting

TANJAK PAHANG

Pemakaian tanjak atau tengkolok atau destar dikaitkan dengan istana, kepahlawanan dan dipakai dalam pelbagai acara adat istiadat masyarakat Melayu. Pemakaian busana ini pada kebiasaanya akan dipadankan dengan bengkung, samping dan baju Melayu beserta keris selit.

Jenis tanjak yang dipakai oleh orang-orang Melayu Pahang adalah:

Tanjak Cogan Daun Kopi
Dipakai oleh KDYMM Sultan Pahang. Warna rasminya adalah kuning muda, namun begitu baginda selalu memakai warna-warna latar yang gelap. Bentuk tanjak Pahang mudah dikenali daripada bentuknya yang segi tiga dan diikat secara menegak di atas dahi dan membiarkan bahagian kepala yang lain terdedah. Selain itu reka bentuk bunga atau daun itu terletak di sebelah depan tanjak tersebut.

Tanjak Raja Naik Bersiram
Dipakai sebaik sahaja raja berangkat naik daripada istiadat bersiram, sama ada sesudah selesai istiadat perkahwinan diraja ataupun pertabalan yang menandakan raja selamat bersiram. Destar jenis ini hanya dipakai oleh raja yang memerintah. Putera atau cucunda baginda tidak boleh memakai destar jenis ini. Bentuk daunnya melonjong kehadapan dan memakai dua pucuk destar yang disebut gading.

Tanjak Sekelongsong Bunga
Dipakai oleh kerabat di Raja dan Orang Besar Berempat Negeri Pahang. Walaupun bentuknya ini agak ringkas dan bahagian daunnya melonjong ke atas dan bahagian bawahnya mengembang seperti sebuah sekelongsong bunga, tetapi terdapat perbezaan antara destar yang dipakai oleh kerabat diraja dengan orang biasa, khususnya dari sudut posisi daun dan pucuk destar yang dipanggil sula.

Tanjak Getam Budu
Pakaian hulu untuk Orang-Orang Besar di Istana Negeri Pahang pada satu masa dahulu. Bentuknya menutup seluruh bahagian kepala pemakai yang membawa maksud menyimpan segala rahsia raja.

Tanjak Sunda Menggamit
Dinamakan Sunda Menggamit kerana bentuk daunnya seperti ranjau pergi. Tanjak ini kebiasaannya dipakai oleh Almarhum Sultan Ahmad di antara tahun 1882-1914.

Tanjak Helang Menyongsong Angin
Tanjak ini dipakai oleh Almarhum Sultan Abdullah (1917-1932). Daunnya tegak pepat. Telunjuk sebelah kanannya terkeluar.

Tanjak Bugis Tak Balik
Tanjak jenis ini hanya dipakai oleh Almarhum Sultan Mahmud (1914-1917). Daunnya berlipat dan telunjuk sebelah kiri tegak keluar ke atas.