Sempena Istiadat Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang
Dipertuan Agong ke-14, Al-Mu’tassimu Billai Muhibbuddin Tuanku Al-Haj Abdul
Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah pada 11 April 2012, telah
diabadikan satu Pingat Pertabalan yang dikurniakan kepada tetamu-tetamu
kehormat dan petugas pada sepanjang istiadat pertabalan tersebut.
Riben bagi Pingat Pertabalan ini adalah 1.25 inci lebar.
Berwarna kuning di tengah-tengah dan terdapat warna biru, merah, putih dan
hijau di kiri kanan riben. Buah pingatnya berwarna perak.
Di muka hadapan buah pingat, terdapat potret Seri Paduka
Baginda Yang Dipertuan Agong ke-14 di tengah-tengah. Di sekelilingnya tertulis
‘PERTABALAN SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG XIV’.
Di muka belakang buah pingat, di sekelilingnya tertulis
di dalam tulisan Jawi ‘PERTABALAN SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG 14 AL-MU’TASSIMU
BILLAHI MUHIBBUDDIN TUANKU ALHAJ ABDUL HALIM IBNI ALMARHUM SULTAN BADLISHAH’.
Di tengah-tengah muka belakang buah pingat ini terdapat
lambang peribadi Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong dan di bawahnya
tandatangan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong. Di bawah tandatangan tertulis
di dalam tulisan Jawi ‘11. APRIL 2012’ ‘19 JAMADIL AWAL 1433’.