"SESIAPA YANG TIDAK BELAJAR DARIPADA SEJARAH, AKAN TERHUKUM MENGULANGI KESILAPAN SILAM"

Jumaat, 9 Januari 2026

BENDERA WAKIL SULTAN PAHANG

Bendera Wakil Sultan Pahang ialah sebuah bendera dwi-warna melintang putih dan hitam, yakni seakan-akan bendera Negeri Pahang. Ia bersaiz ratio 3:5, dan terdapat jata yang tertulis ‘Wakil Sultan’ di bahagian tengah bendera.

Bendera ini hanya digunakan oleh seseorang yang mewakili Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang (kebiasaannya Kerabat Diraja), kecuali Kerabat Diraja yang mempunyai bendera peribadi, seperti Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Besar Pahang, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang dan Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang.