"SESIAPA YANG TIDAK BELAJAR DARIPADA SEJARAH, AKAN TERHUKUM MENGULANGI KESILAPAN SILAM"

Ahad, 30 Ogos 2020

JENAZAH ORANG KAYA INDERA SEGARA SELAMAT DISEMADIKAN

Jenazah Allahyarham Orang Kaya Indera Segara, Orang Besar Berempat Pahang, Tengku Dato’ Sri Haji Asmawi bin Tengku Haji Hussin telah selamat disemadikan di Perkarangan Makam Diraja Pekan, selepas Zuhur 30 Ogos 2020.


KDYMM Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah berkenan berangkat ke majlis tersebut. Turut berangkat hadir ialah YAM Tengku Arif Bendahara Pahang, YAM Tengku Panglima Raja, YAM Tengku Panglima Muda dan YAM Tengku Besar Pahang, serta kerabat-kerabat diraja yang lain.


Allahyarham Orang Kaya Indera Segara Tengku Dato’ Sri Tengku Asmawi pernah menjadi Datuk Paduka Maharaja Lela dan telah mencurahkan jasa bakti seumur hidup Allahyarham kepada Kesultanan Pahang.


Semuga Allah mencucuri Rahmat ke atas Roh Allahyarham.












YDHM ORANG KAYA INDERA SEGARA KEMBALI KE RAHMATULLLAH

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون

Dengan perasan sedih dan dukacitanya dikhabarkan bahawa YdH Orang Kaya Indera Segara Pahang, YM Tengku Dato' Sri Haji Asmawi bin Tengku Haji Hussin, telah kembali ke Rahmatullah pada jam 3 pagi, 30 Ogos 2020, di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan.

Jenazah akan dibawa pulang ke Kediaman DSTH, Jalan Halimi, Pekan. Jenazah akan disolatkan di Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan selepas Solat Zuhur dan seterusnya akan disemadikan di Perkarangan Makam Diraja Pekan.

الفاتحة

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم

ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين

Sabtu, 15 Ogos 2020

8 ANAKANDA SPB YDP AGONG TERIMA DARJAH KEBESARAN PAHANG

Lapan orang putera dan puteri Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menerima Darjah Kebesaran Negeri Pahang, sempena memuliakan Ulangtahun Hari Keputeraan ke-61 KDYMM Sultan Pahang.
 
Istiadat pengurniaan berlangsung di Balairong Seri Istana Abu Bakar, Pekan pada pagi Sabtu, 15 Ogos 2020. Istiadat pengurniaan tersebut disempurnakan oleh KDYMM Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
 
Seramai 58 orang penerima yang menerima Darjah Kebesaran masing-masing, di dalam istiadat tersebut.
 
Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP)

Yang Amat Mulia Tengku Arif Bendahara Pahang
Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
 
Yang Amat Mulia Tengku Panglima Raja
Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
 
Yang Amat Mulia Tengku Puteri Raja
Tengku Puteri Iman Afzan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
 
 
Sri Indera Mahkota Pahang (SIMP)
 
Yang Amat Mulia Tengku Panglima Muda
Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
 
Yang Amat Mulia Tengku Puteri Raja
Tengku Puteri Ilisha Ameera Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
 
Yang Amat Mulia Tengku Puteri Raja
Tengku Puteri Ilyana Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
 
Yang Amat Mulia Tengku Puteri Raja
Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah

Yang Amat Mulia Tengku Puteri Raja
Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah

Turut menerima Darjah Kebesaran Sri Indera Mahkota Pahang (SIMP), yang membawa gelaran Dato' Indera ialah suami kepada Amat Mulia Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Iman Afzan, Yang Mulia Tengku Abu Bakar Ahmad Almarhum Tengku Arif Bendahara Tengku Tan Sri Abdullah.