Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku
Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa
Billah Shah telah berkenan mencemar duli merasmikan Tugu Peringatan Force 136
di Batalion Ketiga Rejimen 505 Askar Wataniah, Kem Puncak Mas, Raub.
Sabtu, 24 September 2022
PEMANGKU RAJA PAHANG MERASMIKAN TUGU PERINGATAN FORCE 136
TUANKU MUHAMMAD SHAH RAJA TERMUDA DI DURBAR 1897
Sewaktu
menghadiri Persidangan Raja-Raja Negeri Negeri Melayu Bersekutu (DURBAR) yang
pertama di Kuala Kangsar, Perak di dalam tahun 1897, Yang Dipertuan Besar
Negeri Sembilan, Tuanku Muhammad Shah ibni Yamtuan Antah baru berusia 32 tahun.
Sabtu, 17 September 2022
TUANKU ABDUL RAHMAN BERANGKAT KE KENABOI
Pada tahun 1935, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan ke-8, Tuanku Abdul
Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad telah mencemar duli berangkat ke Kediaman
Rasmi Undang Luak Jelebu ke-12, Dato’ Abdullah bin Panglima Muda Lok, di
Kenaboi, Jelebu.
RUANG REHAT TUANKU MUHAMMAD SHAH
Di Istana Lama Seri Menanti, terdapat sebuah bilik kecil yang terletak
di tingkat 3 istana tersebut. Menurut sejarahnya, bilik ini menjadi tempat
berehat yang amat disukai oleh Almarhum Tuanku Muhammad ibni Almarhum Tuanku
Antah, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan ke-7.
43 ORANG PUTERA DAN PUTERI SULTAN ALA’EDDIN SULAIMAN SHAH
Sultan Sir Ala’eddin Sulaiman Shah ibni Almarhum Raja Muda Musa
merupakan Sultan Selangor ke-5. Baginda memerintah dari tahun 1898 sehingga 31
Mac 1938.
Jumaat, 16 September 2022
TENGKU RAIHANI, TENGKU AMPUAN BRUNEI
Tengku Raihani binti Sultan Ala’eddin Sulaiman Shah diputerikan pada 11
Oktober 1911, di Istana Bandar Temasya, Jugra, Kuala Langat. Baginda merupakan
puteri kepada Sultan Selangor ke-5, Sultan Ala’eddin Sulaiman ibni Almarhum
Raja Muda Musa dan Cik Puan Anjong Negara Maimunah binti Abdullah.
Jumaat, 9 September 2022
RATU ELIZABETH II MANGKAT
Pemerintah
paling lama dalam sejarah dunia moden, Ratu Elizabeth II menghembuskan nafas
terakhir pada tengah hari (waktu tempatan) Khamis, 8 September 2022. Menurut
kenyataan Istana Buckingham, Baginda mangkat pada usia 96 tahun di Istana
Balmoral, Scotland.
Ahad, 4 September 2022
TUNKU KURSHIAH TUNKU AMPUAN NEGERI SEMBILAN TERMUDA
Tunku Kurshiah binti Almarhum Tunku Besar Burhanuddin merupakan permaisuri kepada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan ke-8, Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad. Baginda diputerikan pada 16 Mei 1911, di Istana Baroh, Seri Menanti.
Sabtu, 3 September 2022
TUANKU ABDUL RAHMAN DISERANG SAKIT JANTUNG DI ISTANA NEGARA, KUALA LUMPUR
Kira-kira jam 5 pagi, 1 April 1960, Yang Dipertuan Agong Pertama, Tuanku
Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad telah mengejutkan permaisuri
Baginda, Tuanku Kursiah binti Almarhum Tunku Besar Burhanuddin. Baginda mengadu
sakit dada.
Ahad, 28 Ogos 2022
PEMANGKU RAJA PAHANG BERANGKAT KE MAJLIS JAMUAN TEH TYT MELAKA
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah berkenan mencemar duli bagi menghadiri Majlis Jamuan Teh Sempena Sambutan Hari Jadi Ke-73 Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam.