"SESIAPA YANG TIDAK BELAJAR DARIPADA SEJARAH, AKAN TERHUKUM MENGULANGI KESILAPAN SILAM"

Ahad, 4 Jun 2017

USUL OLEH SULTAN ABU BAKAR DI DURBAR 1937

USUL HAL EHWAL YANG HENDAK DIBAWA KE DALAM PERSIDANGAN MAJLIS MESYUARAT KHAS (DURBAR) BAGI PEMERINTAH-PEMERINTAH NEGERI MELAYU YANG BERSEKUTU YANG AKAN DIADAKAN DI KLANG PADA 1 NOVEMBER 1937 OLEH KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN ABU BAKAR RI’AYATUDDIN AL-MU’ADZAM SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN ABDULLAH AL-MU’TASSIM BILLAH SHAH  - SULTAN PAHANG.

1. Minta diluaskan kuasa pemerintah-pemerintah sebagaimana muslihat mengembalikan balik kuasa raja-raja yang telah di istiharkan iaitu keluasaannya sehingga memilih kaki tangan kerajaan pada mana-mana yang bergaji lebih dari 30 ringgit sebulan hendaklah dipersetujui oleh YMM Sultan didalam mesyuarat negeri.

2. Permintaan tanah-tanah kebun lebih daripada 100 ekar dan tanah lebih 50 hektar hendaklah di bawa dan di persetujui oleh mesyuarat negeri.

3. Berkenaan dengan menjalankan hokum sharak janganlah di ganggui oleh mahkamah kerajaan dan jikalau ada sesuatu kemusykilan diatas hokum kadi jajahan bolehlah diminta ulang bicara di pejabat kadi besar akan membicarakan perkara itu dengan di kapit oleh kadi-kadi lain dan keputusan nya dari pada mahkamah kadi besar ini tiadalah boleh di minta ulang bicara lagi pada mana-mana mahkamah. Tetapi pihak pegawai polis di minta sedia membantu di atas apa-apa hukuman pada hokum kadi seperti tangkap dan sebagainya.

4. Di minta dengan jalan kerajaan memilih anak-anak melayu di hantar ke negeri luar kerana meninggikan pelajaran nya supaya lulus didalam pelbagai ilmu seperti pengawam, tabib, jurutera tanaman dan pertukangan sehingga boleh dan pandai membuat senjata api alatan peperangan dan sebagainya.

5. Diminta dengan jalan kerajaan memilih budak-budak di hantar ke negeri luar kerana mengambil pelajaran ketenteraan supaya lulus didalam berbagai-bagai ilmu peperangan laut, darat dan udara supaya kelak boleh di harapkan menjaga tanah airnya.


Sumber: Arkib Negara Malaysia (Fail S.P 217/37)