"SESIAPA YANG TIDAK BELAJAR DARIPADA SEJARAH, AKAN TERHUKUM MENGULANGI KESILAPAN SILAM"

Isnin, 1 September 2025

TYT YANG DIPERTUA NEGERI MELAKA MENGHADIRI MAJLIS PERASMIAN TEMASYA WARISAN PAHANG

Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman telah hadir ke Majlis Perasmian Temasya Warisan Pahang.

Majlis perasmian ini berlangsung pada 31 Ogos 2025, di Muzium Maritim Pulau Beram, Pekan, Pahang.  Majlis perasmian ini telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah. Turut berangkat hadir ialah Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj dan Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Tengku Mahkota Pahang.

Turut mengiringi ialah YAM Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah serta isteri, YHM Tengku Natasya Puteri binti Tengku Adnan; YAM Tengku Panglima Raja Brigedier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah dan isteri, YHM Che Puan Panglima Puteri Suraiya Afzan binti Dato' Indera Haji Mohammed Moiz; serta YAM Tengku Panglima Perang Tengku Ahmad Ismail Mu'adzam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Turut sama mengiringi, YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilisha Ameera binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah; YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilyana Alia binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah; serta YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah Athiyatullah binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Turut hadir, YAB Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Diraja Haji Wan Rosdy Wan Ismail, serta barisan kepimpinan negeri.

Temasya Warisan Pahang ini berlangsung mulai 1 hingga 7 September 2025 di Perkampungan Kraf Diraja Tunku Azizah, Pulau Keladi, Pekan. Temasya bertaraf antarabangsa ini meliputi pelbagai aktiviti seperti bengkel kraf, demonstrasi dan interaktif kraf, pameran kraf, demonstrasi makanan warisan, tarian warisan serta pertandingan Piala Tunku Azizah - Pertandingan Tenun Pahang Diraja.

Turut berlangsung pada majlis berkenaan ialah Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Tenun Pahang Diraja Piala Tunku Azizah. Paduka Baginda dan semua hadirin turut dihiburkan dengan persembahan kebudayaan serta Konsert Khas daripada penyanyi lagenda, Dato' M.Nasir.