Pada 29 Ogos 2025, telahpun berlangsung Istiadat Mengadap Yang Amat Mulia Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin ibni Tuanku Muhriz oleh Dato’-Dato Lembaga Luak Rembau, di Istana Besar Seri Menanti. Di dalam istiadat tersebut, YAM Tunku Besar Seri Menanti telah berkenan menzahirkan ketetapan tarikh bagi Istiadat Mengadap Menjunjung Duli Bagi Penyempurnaan Kejadian YTM Dato’ Undang Luak Rembau ke-22 ialah pada hari Khamis, 18 September 2025.
(Rujuk : https://almuazzamshah.blogspot.com/2025/08/istiadat-mengadap-menjunjung-duli-bagi.html)
Tarikh baharu bagi
Istiadat Mengadap dan Menjunjung Duli Bagi Penyempurnaan Kejadian YTM Dato’
Undang Luak Rembau ke-22 akan dimaklumkan kemudian. Untuk rekod, YTM Dato’
Sedia Raja Haji Abdul Rahim bin Haji Yasin telah dimasyhurkan sebagai
penyandang Pusaka Dato’ Undang Luak Rembau ke-22, dengan penuh mengikut adat yang
diadatkan oleh Institusi Undang dan Adat Perpatih Luak Rembau pada 22 Ogos 2024.
Dan keabsahan pelantikan oleh Sidang Mesyuarat Dewan Keadilan dan Undang Negeri
Sembilan, berkuatkuasa mulai pada 4 Julai 2025.