Sewaktu
Sultan Terengganu ke-14, Tengku (Sultan) Ali ibni Sultan Sulaiman Badrul Alam
Shah (1942-1945) dipaksa turun daripada tahta oleh kerajaan British pada tahun
1945, baginda telah berangkat menemui bondanya, Tengku Ampuan Mariam dan
mengadu nasib yang menimpa diri baginda.
Tengku
Ampuan Mariam, bekas Permaisuri Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah (1920-1942)
tidak dapat berbuat apa-apa, melainkan menyuruh puteranya itu bersabar menghadapi
dugaan tersebut.
Menurut
cerita orang-orang yang pernah bekerja di Istana Badariah, Tengku Ampuan Mariam
amat bersedih kerana tidak berdaya untuk mempertahankan tahta puteranya itu.
Tengku Ampuan Mariam sedar baginda tidak mempunyai kuasa untuk mempengaruhi
kerabat dan pembesar-pembesar Terengganu untuk mengembalikan Tengku Ali di atas
tahta semula.
Ayahanda
saudara Tengku Ali, Tengku Ismail dilantik sebagai Sultan Terengganu ke-15 pada
15 Disember 1945, menggunakan gelaran Sultan Ismail Nasiruddin Shah. Tengku Ali mangkat pada 17 Mei 1996 dan dimakamkan di dalam kawasan Masjid Abidin, Kuala Terengganu.