Setelah diturunkan daripada tahta secara tipu muslihat di dalam tahun 1945, bekas Sultan Terengganu, Tengku Ali ibni Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah telah menghabiskan sebahagian besar hidup memperjuangkan hak baginda sebagai bekas seorang Sultan.
Sejak
November 1945, Tengku Ali telah menuntut pengisytiharan dirinya sebagai bekas
Sultan dan meminta supaya diberi elaun seumur hidup sebanyak RM1500 sebulan.
Selain itu, baginda juga menuntut tunggakan dan faedah lain termasuk tempat
kediaman yang sesuai baginya, daripada kerajaan Terengganu.
Malangnya,
sehingga ke akhir hayatnya segala impian Tengku Ali itu tidak pernah
ditunaikan. Semasa hayatnya, Tengku Ali pernah berkata, “Sayalah bekas Sultan
yang paling malang sekali”.
Tengku
Ali mangkat pada hari Jumaat 17 Mei 1996, pada usia 82 tahun.