Sultan
Abdullah Al-Mu’tassim Billah merupakan satu-satunya Sultan Pahang yang tidak
membina istana rasmi, sepanjang baginda menjadi Sultan Pahang, dari tahun 1917
hingga 1932.
Menurut
cerita, apabila baginda menaiki tahta pada 19 Jun 1917, Sultan Abdullah telah
bersemayam di Istana Seri Terentang; iaitu bekas istana Sultan Mahmud yang
dibina dalam tahun 1905. Selain dari Istana Seri Terentang, Sultan Abdullah
juga sering bersemayam di Istana Pantai; yang merupakan bekas istana Sultan
Ahmad Al-Mu’azzam Shah.
Banyak
peristiwa bersejarah yang berlangsung di Istana Seri Terentang sepanjang
pemerintahan Sultan Abdullah. Antaranya ialah istiadat perkahwinan putera dan puteri
baginda.
Di
istana ini juga adinda baginda, Tengku Besar Sulaiman dilantik sebagai Tengku
Besar Pahang, pada 14 Ogos 1920. Dan di Istana Seri Terentang ini juga Sultan
Abdullah jatuh gering dan mangkat pada hari Rabu, 22 Jun 1932.
Walaubagaimanapun,
Istana Seri Terentang telah dirobohkan sekitar tahun 1940-an, iaitu di dalam
zaman pemerintahan Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’adzam Shah.