Naning
merupakan sebuah wilayah yang cukup dikenali dalam sisi pandangan para pengkaji
dan penggemar sejarah negara. Perkembangan sejarah Naning yang diolah oleh
Belanda menyebabkan pentarikhan sejarah Naning dianggarkan wujud sekitar abad
ke-17, sedangkan tarikh pembukaannya adalah sama dengan pemerintahan Sultan
Muzafar Shah di Melaka.
Sejarah
perkembangan kebudayaan di Naning merupakan titik permulaan kepada kelestarian
Adat Perpatih dalam kalangan orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu.
Kedatangan Datuk Perpatih Nan Sebatang ke Naning sekaligus telah merubah
lanskap geopolitik masyarakat tempatan dan berjaya meluaskan pengaruhnya hingga
ke rantauan orang.
Penulisan
ini membahaskan perkembangan sejarah Naning mengikut proses zaman dan melihat
hubungannya dengan sejarah Kesultanan Melayu Melaka. Buku ini telah ditulis
secara kritis dan membahaskan maklumat-maklumat yang pernah diguna pakai
sarjana terdahulu dalam mengkaji sejarah Naning kerana berlakunya masalah
kurang memahami sistem kebudayaan orang Naning secara praktikal. Justeru, buku
ini bakal mengisi ruang lompang dalam institusi sejarah Naning berdasarkan hasil
dapatan yang telah dianalisis secara emik dan praktik.
Bagi
yang berminat mendapatkan buku Sejarah
Naning “Tanah Berkeramat Penghulu Berdaulat” boleh berhubung dengan penulis buku ini, DPSS
Luqman Nulhakim Harzamar.