"SESIAPA YANG TIDAK BELAJAR DARIPADA SEJARAH, AKAN TERHUKUM MENGULANGI KESILAPAN SILAM"

Ahad, 19 April 2015

ISTIADAT PERTABALAN TENGKU ABU BAKAR SEBAGAI SULTAN PAHANG


Setelah kemangkatan Almarhum Sultan Pahang ke-3, Sultan Abdullah Al-Mu’tassim Billah ibni Almarhum Sultan Ahmad Al-Mu’azzam Shah pada hari Rabu 22 Jun 1932, putera sulung Almarhum, Tengku Mahkota Abu Bakar telah dilantik sebagai Sultan Pahang.

Istiadat pertabalan Sultan Abu Bakar berlangsung di Balai Rong Seri Istana Terentang, Pekan pada 28 Mei 1933. Istiadat pertabalan ini pertama kali dibuat secara besar-besaran dalam sejarah pemerintahan Bendahara yang bermula di negeri Pahang, semenjak pertengahan kurun ke-18.

Baginda memakai gelaran Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’adzam Shah dan bersemayam di Bandar Diraja Pekan. Sultan Abu Bakar mangkat pada 5 Mei 1974.