Mesyuarat
Jumaah Pangkuan Diraja Negeri Pahang Kali ke-119 telah berlangsung pada 17 Jun
2025, di Hotel Grand Darulmakmur, Kuantan. Mesyuarat Jumaah Pangkuan Diraja ini
telah dipengerusikan oleh Kebawah Duli Paduka Baginda Al-Sultan Abdullah
Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Pada
Mesyuarat tersebut, tiga orang Pegawai Kanan Kerajaan Negeri telah dilantik
menjadi Ahli Jumaah Pangkuan Diraja Negeri Pahang yang baharu. Tiga individu
berkenaan ialah YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Indera Nazri bin Abu
Bakar; YB Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Haji Fadzilla bin Haji Salleh; dan YB
Penasihat Undang-Undang Negeri Pahang, YBhg. Muhammad Saifuddin bin Hashim
Musaimi.
YB
Dato' Indera Nazri bin Abu Bakar telah dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan
Negeri Pahang, berkuatkuasa mulai 8 April 2025. YB Dato' Haji Fadzilla bin Haji
Salleh telah dilantik sebagai Pegawai Kewangan Negeri Pahang, berkuatkuasa
mulai 8 April 2025. Manakala, YBhg. Muhammad Saifuddin bin Hashim Musaimi telah
dilantik sebagai YB Penasihat Undang-Undang Negeri Pahang, berkuatkuasa mulai
pada 17 April 2025.
Penyandang
jawatan Pegawai Kanan Kerajaan Negeri Pahang seperti YAB Menteri Besar Pahang,
YB Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, YB Pegawai Kewangan Negeri, Sahibus
Samahah Mufti Kerajaan Negeri, di samping 4 orang Penghulu (iaitu 2 dari hulu
dan 2 dari hilir) adalah termaktub untuk dilantik sebagai Ahli Jumaah Pangkuan
Diraja Negeri Pahang.
(Kredit foto: Majlis Kesultanan Pahang)