Sultan Sir Abu Bakar
Ri’ayatuddin Al-Mu’adzam Shah ialah Sultan Pahang ke-4. Baginda dimasyhurkan
sebagai Sultan Pahang pada 24 Jun 1932.
Baginda telah mangkat pada 5
Mei 1974 dan telah dimakamkan di dalam bangunan Makam Diraja Pekan. Baginda
merupakan Sultan Pahang pertama yang disemadikan di Makam Diraja Pekan, sejak
makam diraja tersebut dibuka pada tahun 1957.
Dua orang ayahanda saudara
baginda yang terlebih dahulu dimakamkan di Makam Diraja Pekan ini ialah Tengku
Panglima Perang Tengku Muhammad yang mangkat pada 1957 dan Tengku Besar
Sulaiman, yang mangkat pada 16 Jun 1962.
Selain Sultan Abu Bakar,
permaisuri baginda, Tengku Ampuan Fatimah yang mangkat pada 23 Jun 1988 dan
menantu baginda, Tengku Ampuan Afzan yang mangkat pada 29 Jun 1988 juga
disemadikan di sebelah makam baginda.
Di suatu sudut di dalam
bangunan makam ini, juga disemadikan seorang lagi permaisuri baginda, Tengku
Hajjah Azam binti Tengku Setia Raja Tengku Omar yang mangkat pada 9 Julai 2014.
Sultan Pahang ke-5, Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah yang mangkat pada
22 Mei 2019 juga disemadikan di dalam bangunan makam tersebut.