Kemakmuran
Melaka dalam abad ke-14 dan juga abad ke-15 amat bergantung kepada pembesar
utama, yang dikenali sebagai Bendahara. Peranan jawatan ini amat penting dalam
menentukan corak pentadbiran, perancangan ekonomi dan juga menentukan waris
tahta Kesultanan Melaka itu berterusan. Terdapat 9 orang Bendahara yang wujud
sebelum kejatuhan Kota Melaka kepada Portugis:
1.
Tun Perpatih Tulus
2.
Raden Bagus Bendahara Seri Wak Raja
3.
Raden Anum Seri Amar Diraja
4.
Tun Perpatih Sedang
5.
Tun Ali Nara Diraja
6.
Tun Perak Paduka Raja
7.
Tun Perpatih Putih
8.
Tun Mutahir
9.
Bendahara Tepok Paduka Tuan
Mereka
menjalankan tugas mengetuai pentadbiran negeri dan menasihati Sultan Melaka
dalam pelbagai kes serta mengatur bakal waris kesultanan. Bendahara amat
dihormati dalam pentadbiran Kesultanan Melaka. Taraf seorang Bendahara
mengatasi taraf anak raja dan raja-raja dari negeri naungan Melaka.