Selepas Wan Ahmad diputerakan dalam tahun 1836, Bendahara
Sriwa Raja Wan Ali meninggalkan Tiang Bendera (Pulau Maulana) dan berpindah ke
satu tempat yang terletak di Pahang Tua, Pekan, yang bernama Lamir.
Baginda bersemayam di situ sehinggalah mangkat dalam
tahun 1857 dan disemadikan bersebelahan makam ayahanda baginda, Bendahara Tun
Koris di Makam Diraja Kampung Marhum, Kuala Pahang. Disebabkan baginda mangkat
sewaktu berada di Lamir, baginda digelar ‘Marhum Lamir’.
Lamir yang ada pada hari ini merupakan salah sebuah
kampung yang terbesar di dalam mukim Pahang Tua, dalam daerah Pekan.