Pada 1 September 1868, Gabenor Negeri-Negeri Selat, Sir
Harry Ord menyaksikan satu perjanjian damai yang ditandatangani di antara
Temenggung Abu Bakar (Johor) dengan Bendahara Wan Ahmad (Pahang). Perjanjian
tersebut berlangsung di Singapura, yang diatur sendiri oleh Harry Ord.
Peristiwa yang membawa kepada perjanjian tersebut
berpunca daripada tindakan Bendahara Wan Ahmad yang menuntut semula daerah
Pahang yang diserahkan oleh Bendahara Wan Mutahir kepada Sultan Abu Bakar pada
1863. Bendahara Wan Ahmad yang menang ‘Perang Saudara Pahang’ pada Jun 1863
mengugut akan menyerang Johor sekiranya tuntutannya tidak ditunaikan.
Gabenor Harry Ord telah mengambil daya usaha mengatur
perjanjian damai itu, bagi mengelakkan peperangan.