Sultan Ahmad Al-Mu’azzam Shah telah mangkat di Istana Pantai, Pekan pada 9 Mei 1914 sewaktu berusia 78 tahun. Jenazah baginda telah dibawa ke Kuala Pahang dan disemadikan di Makam Diraja Kampung Marhum, Kuala Pahang.
Almarhum merupakan Sultan Pahang pertama yang
memakai gelaran Sultan yang disemadikan di Makam Diraja tersebut. Putera
Almarhum, Sultan Abdullah merupakan Sultan Pahang terakhir yang disemadikan di
Makam Diraja Kampung Marhum, iaitu pada 22 Jun 1932.
Menurut Sejarah Pahang, Makam Diraja Kampung Marhum
telah wujud sejak kurun ke-18 lagi. Bendahara Tun Habib Abdul Majid merupakan
Bendahara Pahang pertama disemadikan di situ, dalam tahun 1780-an. Diikuti
Bendahara Tun Koris dalam tahun 1806 dan Bendahara Wan Ali dalam tahun 1856.