"SESIAPA YANG TIDAK BELAJAR DARIPADA SEJARAH, AKAN TERHUKUM MENGULANGI KESILAPAN SILAM"

Isnin, 8 Jun 2020

PANJI DIRAJA SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG

Sebagai Ketua Negara, Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong adalah simbol ketaatan warga Malaysia kepada Undang-Undang dan Perlembagaan. Panji-Panji Diraja adalah simbol kepada kewujudan Institusi Yang Dipertuan Agong.

 

Panji-Panji Diraja yang bewarna kuning, mempunyai Jata Negara di tengah-tengah yang dikelilingi oleh dua karangan bunga padi. Warna kuning adalah warna diraja. Karangan bunga padi yang bewarna keemasan melambangkan kemewahan dan kemakmuran.

 

Rekabentuk Jata Negara di tengah-tengah adalah menunjukkan:

- Bulan serta bintang yang mempunyai 14 cabang menunjukkan 14 buah negeri yang menjadi komponen negeri dalam Malaysia yang juga menunjukkan bahawa Islam adalah agama bagi Malaysia.

- Lima bilah keris adalah melambangkan lima buah negeri-negeri Melayu Bukan Bersekutu (sebelum merdeka) iaitu Johor, Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu.

- Di kiri kanan perisai adalah melambangkan negeri-negeri yang tidak beraja iaitu Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.

- Empat panel perisai yang mempunyai ukuran yang sama di tengah-tengah perisai yang mengandungi warna-warna putih adalah negeri Pahang. Merah dan kuning warna Selangor. Hitam dan kuning adalah warna negeri Perak. Manakala merah, hitam dan kuning adalah warna Negeri Sembilan. Empat buah negeri ini adalah asalnya Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.