"SESIAPA YANG TIDAK BELAJAR DARIPADA SEJARAH, AKAN TERHUKUM MENGULANGI KESILAPAN SILAM"

Isnin, 28 Oktober 2019

AL-SULTAN ABDULLAH MENERIMA DK (PERLIS)

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah telah berkenan menerima Darjah Kerabat Baginda Tuanku Syed Putra Jamalullail (DK (Perlis)), bertempat di Istana Negara, Kuala Lumpur, pada 28 Oktober 2019.
Perwasalan darjah kebesaran itu adalah bersempena UlangTahun Hari Keputeraan ke-76 DYMM Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, yang disambut pada 12 Oktober 2019.
Darjah kebesaran itu telah dikurniakan oleh DYMM Tuanku Perlis di dalam istiadat perwasalan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong XVI. Keberangkatan tiba DYMM Raja Perlis,Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail dan DYMM Tuanku Raja Perempuan Perlis di Istana Negara disambut oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj.