Sebelum
Istiadat Pemasyhuran Gelaran Tengku Mahkota Pahang ke atas tubuh Tengku
Abdullah ibni Sultan Haji Ahmad Shah disempurnakan di Balairong Seri Istana Abu
Bakar, Pekan pada jam 12.05 tengahari, Baginda terlebih dahulu berangkat ke
Istiadat Santap Nasi Adap-Adapan, yang berlangsung di Istana Abu Bakar pada
sebelah paginya.
Sambil
diapit oleh kekanda-kekandanya, Tengku Muhaini yang berdiri di sebelah kanan
dan Tengku Aishah yang berdiri di sebelah kiri sebagai Pengganding, Tengku
Abdullah disilakan bersemayam di atas Pentarakna oleh dua orang bonda saudara
Baginda, iaitu Tengku Seri Nila Utama Pahang, Tengku Ainun Jamil binti Almarhum
Sultan Abu Bakar dan Tengku Hashimah binti Tengku Panglima Perang Tengku
Muhammad.
Setelah
selesai santap Nasi Adap-Adapan tersebut dengan dilayan anak orang baik-baik,
tembakan meriam sebanyak 16 das dilepaskan, sebagai semboyan istiadat tersebut
telah selamat disempurnakan.