Terdirinya Naning menjadi sebuah negeri yang merdeka dan berdaulat ialah melalui ‘penerokaan’ iaitu nenek moyang yang menerokanya pada abad yang ke 13. Kumpulan keluarga yang mula-mula sampai dari Alam Pagar Ruyung,Minangkabau Sumatera pada abad yang ke 13 mengandungi 4 kumpulan keluarga iaitu :
- Kumpulan Keluarga Nan Bergajah Tunggal iaitu Keluarga Diraja
- Kumpulan Keluarga Semelenggang
- Kumpulan Keluarga Tiga Batu
- Kumpulan Keluarga Mungka
Sesampainya kumpulan ini di tanah
besar Semenanjung ini ialah hendak naik ke hulu untuk meneroka. Hasrat kumpulan
ini diikuti satu kumpulan baru yang diberi nama Kumpulan Keluarga Anak
Melaka. Akhirnya kumpulan ini sampai ke satu tempat yang diberi nama
Kampung Pengkalan, yang berhampiran dengan pekan Alor Gajah dan
kumpulan ini telah membuka beberapa menempatan baru sepertiKampung Kelemak,
Kampung Paya Datuk, Bukit Serusok, Bukit Tompunek, Bukit Biso yang di
kenali Bukit Penyalang dan beberapa lagi kawasan baru yang telah diteroka
. Merantaunya anak-anak raja dari Alam Pagar Ruyung Minangkabau ke
Kepulauan Melayu khususnya Negeri Melaka (sekarang) diketuai oleh
Dato' Temenggong dan tiga orang adik perempuan tiri dan seorang adik lelaki
tiri iaitu satu emak lain bapa,empat orang puteri seorang putera tersebut
bernama :
- Puteri Reno Mande
- Puteri Ambon Suri
- Puteri Cahyo Dune
- Putera Balun bergelar Dato' Pepatih Nan Sebatang
Dato' Temenggong telah membuka
penempatan di persisir pantai dan mewujudkan adat yang diberi nama Adat
Temenggong. Dato' Perpatih Nan Sebatang telah memecah tradisi pembukaan
penempatan, maka Dato' Perpatih Nan Sebatang talah menjelajah hingga ke
pedalaman dan tiba di satu kawasan yang bernama Pengkalan. Disitulah bermulanya
cara hidup yang kini diberi nama Adat Pepatih dan diguna pakai hingga ke hari
ini. Keturunan Bergajah Tunggal ini telah membina masyarakat yang penuh
adat istiadat hingga ke kurun 16 lahir seseorang pemimpin bagi mengetuai
masyarakat berkenaan. Pemimpin tersebut diberi nama Penghulu
Naning. Penghulu Naning yang pertama ialah Dato' Megat Alam Melintang pada
tahun 1641.
LEMBAGA ADAT
Ketiga-tiga perut (Ibu) Nan
Bergajah Tunggal telah sepakat memilih putera di kalangan mereka untuk diangkat
menjadi Dato' Penghulu Naning (Undang Naning). Maka satu jawatankuasa ketika
itu diwujudkan iaitu Pembesar Waris . Seandainya Dato' Penghulu Naning
mangkat maka akan dilantik pula dikalangan putera ibu yang lain seterusnya akan
berterusan mengikut giliran. Dato' Penghulu Naning memerintah dengan dibantu
oleh Lembaga Adat.
MAKNA UNDANG
Seorang yang berkuasa dan
mempunyai hak pemutus dan berkuasa membuat serta memasyhurkan undang-undang
(adat). Maka di dalam Wilayah Adat Perpatih Naning ialah YAM Pusaka
Kebesaran Orang Kaya Seri Raja Merah (Undang Naning) yang diberi kuasa
oleh adat yang diadat yang berbunyi :-
Sokali air bah
Sokali pasir berubah
Sokali Rajo Boganti
Sokali Adat Bokisar
Undang Nan Bokolantasan
Hidup mati Kopado Undang
Undang Nan menitik
Lombago Nan Monampong
Anak Buah Bosolimut pagi
Bosolendang potang
(Tambo Alam Naning ms. 84
(29xvii) (u)
KUASA ADAT :- Kuasa Khas
Undang Nan Bokolantasan
Hidup Mati Kopado Undang
Undang Nan Menitikan
Lombago Nan Monampong
Kok Bolenggang tak tosangkut
Kok melonjak tak tosorunduk
Begitulah kata adat yang memberi
kuasa khas kepada Undang Naning dan juga kuasa pemutus.
(Tambo Alam Naning ms. 103 (43))
RAJA MATI RAJA MENANAM
Adat berkata :-
Patah tumbuh hilang boganti
Hilang satu boganti satu
Tak boleh dianjak , dialih lagi
Dicabut bopantang layu
Dianjak bopantang mati
Raja mati Raja menanam
Sohari tanam sohari tumbuh
Maka dengan rangkap kata ini
kuasa bagi Undang itu tidak akan ada gantinya dan tidak boleh dipecat
semasa hidupnya .Dan hendaklah dilantik gantinya sebelum dimakamkan.
Bermakna Undang itu tidak ada putusnya melainkan bersambung. Inilah yang
dimaksudkan "Raja Mati Raja Menanam" (Tambo Alam Naning ms. 96
(36))
HAK UNDANG NANING
Bahawa apabila Lombago Nan
Bosokat iaitu Tiang Balai, Isi Balai didapati kesalahan dibawah fasal 56 (Tambo
Alam Naning) maka Posako itu terserah kepada Undang Naning memberitahu suku
yang berkenaan seluruh Wilayah Adat Perpatih Naning supaya menghantar calon kepada
Balai Undang Naning untuk dipertimbangankan dilantik sepanjang adat nan di
adatkan oleh Undang Naning .
(Tambo Alam Naning ms. 114 (56A))
SALAH BUAT PUSAKO LURUH
Kata adat ini tidak
diadatkan (mesti tidak boleh) meluruhkan (pecat) pusako
Undang Naning.
Kata adat ini khas kepada Lombago
Nan Bosokat seperti :-
- Lombago Undang Naning, Tiang Balai, Isi Balai .
- Dato' Setia Bakti - Penghulu Adat Mukim .
- Lombago yang berpangkat Tuo dan Lombago yang berpangkat Buapak.
- Lombago yang lain seperti Imam, Khatib, Bilal, dan juga Lombago Syarak, juga Posako Melayang yang lain.(Tambo Alam Naning ms.75(29-xv(s)
Maksudnya ialah apabila seorang
Dato' Lombago Nan Bosokat itu telah didapati melakukan satu kesalahan yang
mencemarkan kebersihan posako yang dijunjung itu seperti menghukum luar dari
kuasanya atau telah didapati melakukan kesalahan bersalah salahan dan yang
lain-lainya maka posako yang dijunjung itu luruhlah iaitu terserahlah pada yang
hak . Jika posako suku maka terpulang pada sukunya akan melantik yang lain pula.
(Tambo Alam Naning ms114.(56)(III)ms.136(79))
MENJUNJUNG PUSAKO SEUMUR HIDUP
Bahawa kemudian daripada itu,
maka seseorang anak buah yang telah dilantik menjunjung pusako Orang Kaya Seri
Raja Merah Dato' Penghulu Naning (Undang Naning) diadatkan baginya menjunjung
posako itu seumur hidup. Apabila telah selesai istiadat bokorjan
Berkerjaan. (Tambo Alam Naning ms. 178 ( 122 ))
Bahawa diadatkan bagi Yang Amat
Mulia Dato' Orang Kaya Seri Raja Merah Dato' Penghulu Naning (Undang
Naning)bagi melantik :-
- Empat Orang Pembesar Waris Undang Naning (Bab VI Fasal 101)
- Tujuh Orang Lembago Nan Bosokat yang berpangkat Lombago Undang Naning iaitu (Tujuh Orang Lembago Yang Bersekat yang berpangkat Lembaga Undang Naning )
- Empat Orang Berpangkat Tiang Balai Undang Naning
- Tiga Orang Berpangkat Isi Balai Undang Naning (Bab VI Fasal 102 , Bab IX Fasal 145 dan147)
- Dua puluh lima Orang Lombago Nan Bosokat yang Berpangkat Penghulu Adat Luak; Seorang bagi tiap-tiap satu Luak nan dua puluh lima yang bergelar Dato' Setia Bakti (Dua puluh lima Orang Lembaga yang Bersekat yang Berpangkat Penghulu)
- Adat seorang bagi tiap-tiap satu Mukim yang terdiri dari dua puluh lima yang bergelar Dato' Setia Bakti (Bab IX Fasal 159 dan 160)