Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’adzam Shah, Sultan Pahang ke-4 telah diserang sakit jantung sewaktu Almarhum sedang berehat di Istana Peninjau, Kampung Padang Polo, Pekan, pada jam 8.30 malam, 5 Mei 1974.
Menurut ceritanya, Sultan Abu Bakar baru sahaja
pulang dari memberi makan kuda-kuda polo baginda, yang terletak tidak jauh dari
Istana Peninjau. Isteri Almarhum, Cik Puan Maria Menado telah memanggil
pekerja-pekerja Kelab Polo Diraja Pahang yang tinggal berhampiran istana untuik
mendapatkan bantuan.