"SESIAPA YANG TIDAK BELAJAR DARIPADA SEJARAH, AKAN TERHUKUM MENGULANGI KESILAPAN SILAM"

Jumaat, 19 Ogos 2022

TOH PUAN ZURINA KASSIM KEMBALI KE RAHMATULLAH

إنا لله وإنا إليه راجعون
 
Isteri kepada mantan Yang Dipertua Negeri Melaka ke-6, Yang Amat Berbahagia Tun Dato' Seri Utama Mohd Khalil Yaakob, Toh Puan Datin Seri Utama Zurina bte Kassim telah meninggal dunia di kediamannya di Bukit Damansara, Kuala Lumpur pada jam 10.10 pagi, 18 Ogos 2022.
 

Jenazah Allahyarhamah dibawa ke Masjid Sayyidina Ali, Bukit Katil untuk dimandi, dikafan dan disembahyangkan. Jenazah Allahyarhamah kemudiannya dibawa ke Dewan Seri Negeri, di Kompleks Seri Negeri Ayer Keroh kira-kira jam 7.30 malam untuk penghormatan terakhir. Seterusnya, jenazah dibawa ke Masjid Al Azim, Bukit Palah, untuk solat jenazah. Jenazah kemudiannya dikebumikan di Makam Pahlawan Melaka, di Masjid Al-Azim kira-kira jam 10 malam.
 

Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Melaka ke-7, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam dan Toh Puan Datuk Wira Asmah Ab Rahman berangkat hadir ke Majlis Pengkebumian Negeri itu. Turut hadir, Ketua Menteri Melaka, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali dan isteri, Datin Seri Utama Munira M Yusop.
 
الفاتحة













(Foto Pengkebumian: Istana Melaka)