"SESIAPA YANG TIDAK BELAJAR DARIPADA SEJARAH, AKAN TERHUKUM MENGULANGI KESILAPAN SILAM"

Ahad, 31 Disember 2017

ASAL USUL NAMA LAMIR

Lamir ini adalah sebuah kampung yang terbesar dalam mukim Pahang Tua, di dalam daerah Pekan. Letaknya di kiri kanan Jalan Pekan-Kuantan, di tebing Sungai Pahang Tua. Kampung Lamir ini dikatakan mendapat namanya demikian dari pokok lamir, sejenis pokok yang kulitnya boleh dibuat tali. 

Selain dari kampung terbesar dalam mukim Pahang Tua, ia adalah juga sebuah kampung yang bersejarah. Ini ialah kerana ia pernah menjadi tempat tinggal Bendahara Sewa Raja Tun Ali sehingga akhir hayatnya dalam tahun 1857.
Bila sebenarnya Bendahara Sewa Raja Tun Ali meninggalkan Pulau Maulana dan berpindah ke Lamir tidak diketahui. Tetapi tentu sekali lepas lahirnya Tun (Sultan) Ahmad di Tiang Bendera (Pulau Maulana), pada 23.5.1836.
W.Linehan di dalam Sejarah Pahang, JMBRAS, Vol.XIV, Pt. 11, May 1936 menulis berkenaan dengan perkara ini seperti berikut :-
"Bendahara Sewa Raja Ali of Pahang died in 1857. Long before his death, he had retired from active participation in the government of the country, and removed his residence to Lamir on the the river Pahang Tua where he spent his declining years."

Tiada berapa lama selepas Bendahara Sewa Raja Tun Ali mangkat, maka berlakulah pergaduhan yang dikenali sebagai ‘Perang Saudara 1857 – 1863’. Di dalam peperangan itu Tun Ahmad berjaya menewaskan kekandanya Tun Mutahir pada 10 Jun 1863. Dengan kemenangannya itu Tun Ahmad dilantik sebagai Bendahara Sewa Raja. Dia dinasihatkan supaya tinggal di sebelah kanan hilir Sungai Pahang. Sebab itu Bendahara Sewa Raja Tun Ahmad memiliki kuala Sungai Parit, yang dikenali sebagai Pekan Lama.
Dengan tindakan Bendahara Sewa Raja Tun Ahmad (Sultan Ahmad) ini, bukan sahaja Pulau Maulana bahkan Lamir tidak lagi menjadi tempat tinggal Bendahara Pahang. Sebagai mengingatkan Lamir sebagai tempat tinggal Bendahara Tun Ali, maka Almarhum yang disemadikan di Makam Diraja Kampung Marhum dikenali sebagai Marhum Lamir.
Sungguhpun Lamir tidak lagi menjadi tempat tinggal Bendahara Pahang, tetapi ia terus maju dan menjadi sebuah kampung yang terkenal hingga sekarang. Tambahan pula ia jadi muka sebatang jalan kampung, iaitu jalan Pahang Tua-Langgar.

Selasa, 28 November 2017

AL-FATIHAH

Yang Amat Mulia Tengku Panglima Besar Pahang, Tengku Ibrahim ibni Almarhum Tengku Besar Sulaiman telah mangkat di Wad Diraja HTAA, pada jam 0710 pagi 28 November 2017.

Jenazah Almarhum dibawa pulang ke kediaman Almarhum di No. 4, Jalan Tengku Besar Sulaiman, Kampung Parit Tengah, Pekan dan dikebumikan di Makam Diraja Pekan, selepas Solat Zohor.
Almarhum berusia 81 tahun dan merupakan ayahanda saudara kepada KDYMM Sultan Pahang. Ayahanda Almarhum ialah Tengku Besar Pahang II, Almarhum Tengku Besar Sulaiman ibni Almarhum Sultan Ahmad Al-Mu’azzam Shah.

Semuga Allah mencucuri Rahmat Ke Atas Roh Almarhum. Al-Fatihah.








Ahad, 26 November 2017

SEMBAH TAHNIAH

Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah
Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah ibni Sultan Sallehuddin
Sempena Permasyhuran Pelantikan Sebagai Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Kedah Darul Aman

 
Yang Teramat Mulia Dato’ Tunku Shazuddin Ariff ibni Sultan Sallehuddin
Sempena Pengisytiharan Pelantikan Sebagai Yang Teramat Mulia Tunku Laksamana Kedah Darul Aman

26 November 2017 bersamaan 07 Rabi’ulAwal 1439H

Sabtu, 18 November 2017

SEMBAH TAHNIAH


Sembah Tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Abdullah Al-Haj ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah
Dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Pengurusan, pada Istiadat Konvokesyen ke-12 Universiti Malaysia Pahang, 18 November 2017.

YAM DATO’ UNDANG NANING KE-21 BERANGKAT KE PAGARUYUNG, FEBRUARI 2016

YAM Dato’ Undang Wilayah Naning ke-21, Dato’ Nordin bin Abdul Jalil bersama Dato’ Lembaga Adat Naning telah berangkat ke Pagaruyung bagi menghadiri Istiadat Pelantikan Pan Bao Tuah Rajo Dilareh Sitanang Muaralakin Ampang Limo Putiah, oleh Raja Alam Pagaruyung Minangkabau, Duli Yang Maha Mulia Paduka Sri Baginda Sultan Muchdan Taher Bakrie Gelar Sultan Alam Bagagarsyah Daulat Yang Dipertuan Raja Alam Pagaruyung Minangkabau.

Isitiadat ini berlangsung pada 28 Februari 2016 di Kabupaten 50 Kota.






YAM DATO’ UNDANG NANING KE-21 BERANGKAT KE PAGARUYUNG, NOVEMBER 2015

YAM Dato’ Undang Wilayah Naning ke-21, Dato’ Nordin bin Abdul Jalil bersama Dato’ Lembaga Adat Naning telah berangkat  ke Pagaruyung bagi menyertai Kunjungan Pertama Raja Alam Pagaruyung Minangkabau, Duli Yang Maha Mulia Paduka Sri Baginda Sultan Muchdan Taher Bakrie Gelar Sultan Alam Bagagarsyah Daulat Yang Dipertuan Raja Alam Pagaruyung Minangkabau. Di Lubuk Nan Tigo Tanjung Nan Ampek yang dipusatkan di Lubuk Sikarah Kota Solok, pada 22 November 2015.








Jumaat, 17 November 2017

YAM DATO’ UNDANG NANING KE-21 BERANGKAT KE PAGARUYUNG, OKTOBER 2015

YAM Dato’ Undang Wilayah Naning ke-21, Dato’ Nordin bin Abdul Jalil bersama Dato’ Lembaga Adat Naning berangkat ke Istiadat Penyerahan Kesepakatan Tampuak Tangkai Alam Minangkabau kepada Raja Duo Selo, setelah diparambunkan selama 21 hari.

Istiadat ini berlangsung di Balai Saruang, pada 04 Oktober 2015.













Ahad, 12 November 2017

YAM DATO’ UNDANG NANING KE-21 BERANGKAT KE PAGARUYUNG, SEPTEMBER 2015

YAM Dato’ Undang Wilayah Naning ke-21, Dato’ Nordin bin Abdul Jalil bersama Dato’ Lembaga Adat Naning berangkat ke Istiadat Penyerahan Sultan Muchdan Taher Bakrie oleh Raja Duo Selo Kepada Tampuak Tangkai Alam Minangkabau Datuak Bendaharo Kayo untuk diparambunkan selama 21 hari.

Istiadat ini berlangsung di Balai Saruang, pada 13 September 2015.