"SESIAPA YANG TIDAK BELAJAR DARIPADA SEJARAH, AKAN TERHUKUM MENGULANGI KESILAPAN SILAM"

Ahad, 7 November 2021

TENGKU AZMAN ALMARHUM SULTAN SIR ABU BAKAR MANGKAT


Assalamualaikum W.B.T,
YAB/YAM/YDH/YHM/YM/YH/Tuan,
 
Adalah Patik / Saya dengan segala dukacitanya memaklumkan bahawa Yang Amat Mulia Tengku Dato' Sri Azman ibni Almarhum Sultan Sir Abu Bakar, telah kembali ke Rahmatullah hari ini 07 November 2021(Ahad) pada jam 4.30 petang di Gleneagles Hospital, Kuala Lumpur.
 
Untuk Makluman.
Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur.
 
Sebarang maklumat terkini akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

Sekian, terima kasih.
 
Daripada : Setiausaha Jumaah Pangkuan Diraja Negeri.

Khamis, 4 November 2021

4 INDIVIDU DIKURNIAKAN GELARAN YANG HORMAT DATO’ KURNIA

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah berkenan mengurniakan gelaran Yang Hormat Dato' Kurnia kepada 4 individu.
 
Yang Hormat Dato' Kurnia Ekram
YH Dato' Sri Vinod Kumar Agawal
 
Yang Hormat Dato' Kurnia Wira
YH Leftenan Kolonel Dato' Dr. Ir. Thong Kok Sing
 
Yang Hormat Dato' Kurnia Bistari
YH Dato' Mohamed Ariffin Awang Ismail
 
Yang Hormat Dato' Kurnia Arjuna
YH Dato' Akbar V. V. Abu
 
Pengurniaan gelaran ini selaras dengan Perkara 28, Bahagian Pertama, Bab 4 – Pangkat-Pangkat Kemuliaan dan Aturan Adat Istiadat, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Pahang:

“Raja Pemerintah ialah punca bagi segala pangkat-pangkat kebesaran dan pangkat-pangkat kemuliaan di dalam Negeri dan Baginda sahajalah seorang yang boleh mengurniakan gelaran-gelaran dan pangkat-pangkat kemuliaan dan mengadakan pangkat-pangkat kebesaran atau kurniaan.”

 
Pengurniaan gelaran ini berkuatkuasa pada 27 Oktober 2021.

Khamis, 23 September 2021

YM ENGKU HALIN MENINGGAL DUNIA

 إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون

Dukacita dimaklumkan bahawa Yang Mulia Engku Halin bin Engku Stibaha, Tukang Payung Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah, telah kembali ke Rahmatullah, pada jam 12 tengah malam di rumah Allahyarham di Kampung Baru Salong, Pekan.

Allahyarham menghidap komplikasi jantung.
 
Jenazah Allahyarham dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Banjir, Salong, Pekan, Pahang, sebelum Zohor.

الفاتحة


Khamis, 12 Ogos 2021

DATO' SETIA WANGSA MENINGGAL DUNIA

Assalamualaikum wbt.
YAB / YAM / YDHM / YDH / YB / YHM / YH / Tuan,

Adalah patik / saya dengan segala dukacitanya memaklumkan bahawa Yang Hormat Dato’ Setia Wangsa, Dato’ Indera Haji Mustafa bin Abu Bakar, SIMP., DSAP., DIMP., SAP., AMP., AMN., telah kembali ke Rahmatullah hari ini pada jam 5.36 petang di rumahnya di Paya Laka, Rompin.

Sebarang maklumat terkini akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

Sekian, terima kasih.

Daripada : Setiausaha Jumaah Pangkuan Diraja Negeri
Ridzuan bin Mohamad PKC., PKT.

Ahad, 1 Ogos 2021

PENGURNIAAN GELARAN YANG AMAT MULIA TENGKU PANGLIMA BESAR


Assalamualaikum wbt.
 
Adalah patik / saya dengan segala hormatnya memaklumkan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah mengampuni perkenan mengurniakan gelaran Yang Amat Mulia Tengku Panglima Besar kepada Yang Amat Mulia Tengku Dato’ Sri Tan Sri Azlan ibni Almarhum Sultan Abu Bakar, SSAP., SIMP., PSM., DSAP., SPTJ., berkuatkuasa pada 30hb Julai 2021 bersamaan 20 Zulhijjah 1442 Hijrah.
 
Sekian dimaklumkan. Terima kasih.
 
Daripada : Setiausaha Jumaah Pangkuan Diraja Negeri
Ridzuan Mohamad PKC., PKT.

Jumaat, 16 Julai 2021

PENGURNIAAN GELARAN YDHM ORANG KAYA INDERA SEGARA

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni  Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah telah mengampuni perkenan mengurniakan gelaran Yang Dihormat Mulia Orang Kaya Indera Segara (OKIS) - Orang Besar Berempat bagi Negeri Pahang kepada Yang Hormat Mulia Tengku Dato’ Sri Zulkifly bin Tengku Arif Temenggong Tengku Ahmad, SSAP., DIMP.

Sembah Tahniah, YdHM Orang Kaya Indera Segara – Orang Besar Berempat Negeri Pahang.

Rabu, 24 Februari 2021

TOK PENTARA RAJA MENINGGAL DUNIA

 إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون

Adalah dengan dukacitanya dimaklumkan bahawa Yang Hormat Tok Pentara Raja, Dato' Haji Ismail bin Marzuki, DIMP., SAP., AAP., AMP., PJK., Orang Besar Raja Pahang, telah kembali ke Rahmatullah, hari ini 24.2.2021 jam 1.15 pagi.


الفاتحة