"SESIAPA YANG TIDAK BELAJAR DARIPADA SEJARAH, AKAN TERHUKUM MENGULANGI KESILAPAN SILAM"

Ahad, 28 Ogos 2022

PEMANGKU RAJA PAHANG BERANGKAT KE MAJLIS JAMUAN TEH TYT MELAKA

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah berkenan mencemar duli bagi menghadiri Majlis Jamuan Teh Sempena Sambutan Hari Jadi Ke-73 Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam.

 

Majlis Jamuan Teh itu diadakan di perkarangan Istana Melaka, Bukit Beruang, Melaka pada 27 Ogos 2022. Turut hadir ialah YAB Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali; YB Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Wira Zaidi Johari; Pegawai-pegawai Kanan Kerajaan, serta para penerima Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka tahun 2022.