"SESIAPA YANG TIDAK BELAJAR DARIPADA SEJARAH, AKAN TERHUKUM MENGULANGI KESILAPAN SILAM"

Isnin, 15 Jun 2015

GABENOR FULLERTON KELUARKAN WARAN TANGKAP KE ATAS DATO’ DOL SAID


Dalam tahun 1929, Gabenor Negeri Melaka, Robert Fullerton menuntut Naning membayar cukai tahunan sebanyak satu per sepuluh daripada hasil padi kepada negeri Melaka. Bagaimanapun, Penghulu Naning, Dato’ Dol Said menolak tuntutan tersebut.

Gabenor marah dan mengeluarkan satu waran tangkap, tetapi Dato’ Dol Said berjaya menyelamatkan diri daripada ditangkap. Akhirnya dalam tahun 1831, 2 pasukan askar dari Melaka dihantar untuk menawan Naning, tetapi terpaksa berundur selepas 20 hari berperang.

Serangan kedua dalam tahun 1832 mengambil masa selama 5 bulan, sebelum Dato’ Dol Said menyerah kalah dan dibuang negeri ke Gajah Berang, Melaka.


Dato’ Dol Said meninggal dunia dalam tahun 1849 dan disemadikan di Taboh Naning.

Ahad, 14 Jun 2015

ORANG KAYA INDERA SEGARA PAHANG DAHULUI SENARAI PENERIMA DARJAH KEBESARAN PAHANG



Orang Besar Berempat Pahang, Orang Kaya Indera Segara, Dato' Paduka Maharaja Lela Tengku Asmawi Tengku Haji Hussin mendahului senarai penerima darjah kebesaran dan pingat bersempena ulangtahun keputeraan Sultan Pahang Sultan Haji Ahmad Shah, yang disambut pada 24 Oktober tahun lepas, di Istana Abu Bakar, hari ini.

Beliau dianugerahkan Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Dato’ Seri. Seramai 7 orang menerima SSAP.

Enam lagi penerima Darjah SSAP ialah Orang Besar Berlapan Pahang, Dato’ Setia Pahlawan, Tengku Dato’ Iskandar Abu Bakar Tengku Ali; Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup; Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Dato’ Azharuddin Abdul Rahman; Pengerusi Malaysian Aviation Training Academy Sdn Bhd, Dato’ Wan Adnan Wan Mamat; Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Pahang, Dato’ Mohd Hilmey Mohd Taib dan Naib Presiden Perhubungan Korporat dan Komunikasi Genting Malaysia Berhad, Dato’ Kay Prakash.

Seramai 9 orang menerima Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) yang membawa gelaran Dato', iaitu Orang Besar Berlapan, Dato’ Setia Penggawa, Datuk Wan Jasmin Wan Badiuzzaman; Ahli Jumaah Pangkuan Diraja Negeri, Dato’ Abu Bakar Abdullah; Ketua Pengarah Sekretariat Kebangsaan ASEAN-Malaysia, Dato’ Muhammad Shahrul Ikram Yaakob dan Pegawai Kemajuan Negeri Pahang Dato’ Mohamad Roslan Harun dan Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang Dato’ Mohamad Noor Abdul Rani.

Empat lagi penerima DSAP ialah Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Toantowee Mohd Lotfie; Panglima Wilayah Laut 1, Laksamana Muda Dato’ Azhari Abd Rashid; Pengarah Eksekutif Masri Onn Chartered Architect, Dato’ Masri Onn Mohd Som dan Pengarah Pembangunan Bintang Komersil (M) Sdn Bhd, Dato’ Wan Jamal Abd Nasir Wan Musa.

Seramai 53 orang menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Dato’. Antaranya Konsul Jeneral Malaysia di Hong Kong dan Macau, Tengku Sirajuzzaman Tengku Mohamed Ariffin; Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia Sarawak, Datin Dayang Fatimah Johari; Hakim Mahkamah Sesyen Temerloh, Ahmad Zamzani Mohd Zain dan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan, Mohd Yusof Ab Ghani.

Turut menerima DIMP ialah Ketua Pegawai Eksekutif Touch Mobileguards Sdn Bhd, Raja Idris Raja Halid; Ahli Eksekutif Persatuan Bola Sepak Malaysia, Goh Ah Chai; Johan Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa 2014, Hanimzah Jalaluddin dan Pakar Perunding Perubatan/Kardiologi Hospital Pakar DEMC, Kolonel (B) Dr Abdul Rahman Mohd Ali.

Sebelas penerima Setia Ahmad Shah Pahang (SAP). Antaranya Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Abdul Aziz Salleh.

13 orang menerima Setia Mahkota Pahang (SMP). Antaranya Pengarah Hospital Rompin, Dr P Tillai Nathan.

10 individu menerima pingat Ahli Ahmad Shah (AAP).

34 orang menerima pingat Ahli Mahkota Pahang (AMP). Antara penerimanya adalah 5 orang bekas pemain bola sepak Pahang iaitu Ahmad Yunus Mohd Alif, Ahmad Shaharuddin Ahmad Rosdi, Mohamad Azaruddin Mohd Aziz, Zulhamizan Zakaria dan Sanusi Daud.

Pingat Khidmat Cemerlang (PKC) dianugerahkan kepada 9 orang penerima. Pingat Kelakuan Terpuji (PKT) 11 orang penerima dan Pingat Jasa Kebaktian (PJK) seramai 16 orang penerima.

Istiadat penganugerahan darjah kebesaran dan pingat ini disempurnakan oleh Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah ibni Sultan Haji Ahmad Shah, adalah sidang kedua diadakan membabitkan 173 orang penerima.