"SESIAPA YANG TIDAK BELAJAR DARIPADA SEJARAH, AKAN TERHUKUM MENGULANGI KESILAPAN SILAM"

Sabtu, 5 Mac 2016

PERATURAN PAKAIAN ISTIADAT PENGURNIAAN DARJAH DAN PINGAT KEBESARAN NEGERI PAHANG


Penerima Kurniaan Bukan Tentera / Polis

Penerima Melayu Yang Menerima Kurniaan SSAP, SIMP, DSAP dan DIMP
Penerima Lelaki Melayu
Berpakaian Istiadat Melayu Pahang:
Pakaian Kebangsaan, Bertanjak, Berkeris, Bersampin, Berbengkung, Stokin Hitam dan Sepatu Kulit Hitam. Pakaian kebangsaan tidak semestinya berwarna hitam. KECUALI berwarna putih atau kuning (pekat atau cair), atau sedondon.

Penerima Wanita Melayu
Baju Kurung Labuh / Baju Kebaya Labuh, Berkain Sarung serta Bertudung / Berselendang serta Bersepatu Wanita (tidak sedondon dan tidak berwarna putih atau kuning).

Penerima Bukan Melayu Yang Menerima Kurniaan SSAP, SIMP, DSAP dan DIMP
Penerima Lelaki Bukan Melayu
Memakai Pakaian Seragam Istiadat

Penerima Wanita Bukan Melayu
Ceongsam Labuh / Sari / Kebaya Sarung Labuh (berlengan panjang, bahagian badan tidak terdedah, labuh ke kaki dan jika pakaian berbelah tidak dibenarkan melebihi paras atas lutut) dan bersepatu wanita.

Penerima Melayu Yang Menerima Kurniaan SAP., SMP., AAP., AMP., PKC., PKT., dan PJK.
Penerima Lelaki Melayu
Pakaian Kebangsaan Hitam, Bersongkok Hitam, Bersampin, Stokin Hitam dan Sepatu Kulit Hitam.

Penerima Wanita Melayu
Baju Kurung Labuh / Baju Kebaya Labuh, Berkain Sarung Serta Bertudung Kemas / Berselendang Serta Bersepatu Wanita (tidak sedondon dan tidak berwarna putih atau kuning)

Penerima Bukan Melayu Yang Menerima Kurniaan SAP., SMP., AAP., AMP., PKC., PKT. dan PJK.
Penerima Lelaki Bukan Melayu
Lounge Suit berwarna Hitam, Baju Kemeja Lengan Panjang Putih, Bertali Leher Hitam, Seluar Panjang Hitam, Bersongkok Hitam, Stokin Hitam dan Sepatu Kulit Hitam

Penerima Wanita Bukan Melayu
Ceongsam Labuh / Sari / Kebaya Sarung Labuh (berlengan panjang, bahagian badan tidak terdedah, labuh ke kaki dan jika pakaian berbelah tidak dibenarkan melebihi paras atas lutut) dan bersepatu wanita.


Penerima Kurniaan Tentera / Polis

Penerima Kurniaan SSAP., SIMP., DSAP., DIMP., SAP., SMP., AAP., AMP., PKC., PKT., dan PJK.
Pakaian Seragam Istiadat (tanpa pedang)


Dif-Dif Jemputan atau Pengiring

Dif Jemputan Lelaki Melayu
Pakaian Kebangsaan, Bersongkok Hitam, Bersampin, Stokin Hitam dan Sepatu Kulit Hitam (tidak sedondon dan tidak berwarna putih atau kuning)

Dif Jemputan Wanita Melayu
Baju Kurung Labuh / Baju Kebaya Labuh, Berkain Sarung Serta Bertudung Kemas / Berselendang Serta Bersepatu Wanita (tidak sedondon dan tidak berwarna putih atau kuning)

Dif Jemputan Lelaki Bukan Melayu
Lounge Suit Warna Gelap, Baju Kemeja Lengan Panjang Putih, Bertali Leher, Bersongkok Hitam, Stokin Hitam dan Sepatu Kulit Hitam.

Dif Jemputan Wanita Bukan Melayu
Ceongsam Labuh / Sari / Kebaya Sarung Labuh (Berlengan Panjang, Bahagian Badan Tidak Terdedah, Labuh Ke Kaki dan Jika Pakaian Berbelah Tidak Dibenarkan Melebihi Paras Atas Lutut) Serta Bersepatu Wanita.

Dif Jemputan Tentera dan Polis
Tentera : Service Dress (Pakaian Khidmat)
Polis : Review Order