"SESIAPA YANG TIDAK BELAJAR DARIPADA SEJARAH, AKAN TERHUKUM MENGULANGI KESILAPAN SILAM"

Sabtu, 20 Ogos 2022

AL-SULTAN ABDULLAH DIANUGERAHKAN IJAZAH KEDOKTORAN KEHORMAT SAINS POLITIK & HUBUNGAN ANTARABANGSA OLEH UNIVERSITI MARMARA

Sembah Tahniah ke sisi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah yang telah berkenan dianugerahkan Ijazah Kedoktoran Kehormat dalam bidang Sains Politik dan Hubungan Antarabangsa oleh Universiti Marmara, Istanbul, Turkiye.

 

Ijazah Kedoktoran Kehormat itu disampaikan oleh Rektor Universiti Marmara, Profesor Dr. Mustafa Kurt di dalam suatu majlis di universiti itu, pada 19 Ogos 2022. Penganugerahan ini adalah berdasarkan sumbangan Seri Paduka Baginda di dalam memelihara keamanan sejagat serta memperkukuh hubungan Turkiye dan Malaysia.
 

Seri Paduka Baginda juga berkenan menerima persembahan persalinan Jubah Kedoktoran baldu merah bersulam emas, beserta sijil dan sebuah plak. KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong turut berangkat mengiringi Seri Paduka Baginda di dalam majlis penganugerahan itu. Turut hadir ialah Naib Presiden Turkiye, Fuat Oktay.



(Kredit foto: Istana Negara)