Dua
hari sebelum kemangkatan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhammad
Shah ibni Almarhum Tuanku Antah, iaitu pada 30 Julai 1933, baginda telah
mengalami sakit perut yang amat sangat, menyebabkan baginda sukar hendak
membuang air.
Walaupun
pelbagai ikhtiar telah dilakukan menerusi rawatan dukun, pawang dan dijampi
dengan air, tetapi penyakit baginda tidak berkurangan; sebaliknya semakin teruk.
Doktor dari Hospital Besar Seremban telah dipanggil dan setelah diperiksa,
doktor mendapati penyakit baginda sangat kronik dan perlu dibedah.
Pada
jam 0930 pagi 31 Julai 1933, iaitu 29 jam sebelum mangkat, Tuanku Muhammad Shah
telah dibawa ke Seremban dan diputuskan untuk dibedah, tetapi baginda menolak
kerana tidak yakin dan mahu berangkat pulang ke Istana Seri Menanti.
Jam
9 pagi 01 Ogos 1933, iaitu 6 jam sebelum mangkat, baginda telah dibawa pulang
ke Istana Besar Seri Menanti dan tiba kira-kira jam 12 tengahari.
Jam
2 petang 01 Ogos 1933, kira-kira 45 minit sebelum mangkat, baginda meminta
cermin mata. Setelah memakainya, baginda melihat sepuas-puasnya kepada putera-putera dan kaum kerabat baginda.
Jam
0240 petang, iaitu kira-kira lima minit sebelum baginda mangkat, baginda
memeluk Tuanku Abdul Rahman, Tunku Laksamana Nasir dan anakanda bongsu baginda,
Tunku Muhammad Alam Shah.
Beberapa
saat kemudian, baginda menghembuskan nafas yang terakhir.