"SESIAPA YANG TIDAK BELAJAR DARIPADA SEJARAH, AKAN TERHUKUM MENGULANGI KESILAPAN SILAM"

Isnin, 3 Oktober 2016

YANG AMAT MULIA ORANG KAYA SERI MAHARAJA MERAH, DATO’ UNDANG WILAYAH NANING KE-21


PROFAIL
Nama :
NORDIN BIN ABDUL JALIL

Tarikh Lahir :
27 APRIL 1954

Kelulusan :
Doctor of Social & Humanity
(Good Samaritan Mission & International University)

Diploma in Electronic Radio Communication
(Nanyang Institute of Technology)


Pengalaman Bekerja :
1971 – 1972
Buruh Kasar

1972 – 1973
Kerani Perkayuan

1974 – 1986
Bekerja di sebuah Syarikat Antarabangsa di dalam bidang Telecommunication (Ericsson). Bermula sebagai Tester (Engineer) dan berkesudahan dengan jawatan Quality Auditor, merangkumi South East Asia

1986 – 1988
Bekerja sendiri sebagai usahawan di bidang Construction

1988 – 1990
Bekerja di sebuah syarikat Telecommunication sebagai Store Capper Supervisor

1991 – 1993
Bekerja di sebuah syarikat Consultant (Ranhill Bersekutu)
Sebagai Consultant Engineer di bidang Fibre Optic

1993 – 2005
Bekerja di sebuah anak syarikat Telekom Malaysia (Mobikom)
Sebagai seorang Engineer di bidang pembangunan Telecommunication. Jawatan tertinggi pernah disandang sebagai Ketua Jurutera kawasan Selatan, merangkumi Negeri Sembilan, Melaka dan Johor

2005 – 2007
Bekerja di sebuah syarikat pembinaan (Perintis Optima Sdn. Bhd.)
Sebagai Pengurus Projek

2007 – 2011
Bekerja di sebuah syarikat Telco (EzzPro Sdn. Bhd.)
Sebagai Pengurus Projek

2011 – 2013
Business Partner di sebuah syarikat Telco
Sebagai Pengarah Projek, merangkumi Sabah dan Sarawak

2013
Dilantik sebagai Yang Amat Mulia Orang Kaya Seri Maharaja Merah, Dato’ Undang Wilayah Naning ke-21


Kursus Yang Pernah Dihadiri :
1. Quality Control (By SIRIM)
2. Top Quality Control Part 2 (By SIRIM)
3. Kursus Electronic Radio Communication by Company Ericsson (Local)
4. Kursus Radio Telecommunication di Ericsson Sweden
5. Kursus Fibre Optic di Telekom Malaysia


ANUGERAH ADAT YANG DITERIMA :
1. YAM DATO’ UNDANG WILAYAH NANING MELAKA
2. DARJAH SERI SETIA SULTAN ARIF SHAH (SSSA) INDERAGIRI, DENGAN MEMBAWA GELARAN “DATO’ SERI
3. DARJAH KERATON DJIPANG, BERGELAR “RADEN TUMENGGUNG DATO’ PERDUKA
4. BINTANG DARJAH KERABAT KUTAI MULARAMAN, BERGELAR “DATO’ SERI PADUKA
5. PIAGAM PENGHARGAAN FOROM KOMUNIKASI SELURUH INDONESIA (FORDSSI) RAJA GONTAR, “ANUGERAH PENDULI PENDIDIKAN
6. PERLANTIKAN SEBAGAI AHLI MAJLIS DIRAJA OLEH MALAY BOOK OF RECORD


AKTIVITI LUAR / NGO :
1. Electrical Industrial Wokers Union “Works Site Committee Chairman”
2. Ahli Kehormat PEKIDA Malaysia (Wilayah Persekutuan / Putrajaya)
3. Pertubuhan Angkatan Perpaduan Islam Sejagat Malaysia (API), sebagai “Penaung Melaka”
4. Kelab Pragmatis Infiniti Malaysia (Prihaatin), sebagai “Ahli Majlis Kehormat Tertinggi”

PERJANJIAN BRITISH – NANING, 1801M

PERSETIAAN YANG DIIKAT PADA 1801 OLEH RESIDEN BRITISH DI MELAKA, LEFTENAN KOLONEL TAYLOR DENGAN PENGHULU NANING

Perkara dan syarat yang diimlakkan oleh Leftenan Kolonel Aldwell Taylor, Gabenor dan Komandan Melaka, untuk dan bagi pihak Yang Mulia Gabenor Kota St. George dengan Raja Merah Kapitan Penghulu, dll., yang bernama Dol Said; dan Lela Hulubalang dan Maulana Hakim, yang bergelar Orang Kaya; Kecil yang bergelar Musah; dan Menobonjon-kaya bergelar Konchil dan Maharaja Ankaia bergelar Sumuna; dan Maulana Garang, Menteri dan Pembesar Naning dan kampung-kampung di sekelilingnya yang dengan sesungguhnya telah menerima dan berikrar mematuhi Perkara-perkara berikut:-

Perkara I
Kapitan, atau Penghulu, Menteri, dan Pembesar-pembesar berjanji dan bersumpah atas nama dan bagi pihak seluruh masyarakat Naning, untuk taat setia kepada Yang Mulia Gabenor dalam Majlis di Kota Saint George yang tersebut di atas, dan demikian juga kepada Gabenor dan Komandan Bandar dan Kota ini, serta semua Komandan yang ada atau yang selepas ini dilantik di bawah mereka dan tambahan pula, mereka akan melakukan apa-apa sahaja dengan penuh taat setia kepada Pihak Berkuasa British, sebagaimana yang dikehendaki daripada rakyat yang taat setia, tanpa bersama-sama atau secara berasingan mencuba melakukan apa-apa langkah permusuhan terhadap Gabenor tersebut, sama ada secara langsung ataupun tidak langsung, dan Perkara-perkara berikut hendaklah dipatuhi dengan sesungguhnya dan dengan seketat-ketatnya, dan segala kontrak dan waad lain yang telah diluluskan dengan negara lain yang boleh memudaratkan British hendaklah dimansuhkan.

Perkara II
Jika mana-mana orang di Naning, anak Minangkabau dan anak Melayu, melanggar kandungan Kontrak ini, atau ingkar kepada Gabenor atau Pegawainya, maka Penghulu dan Pembesar hendaklah, apabila diminta oleh Gabenor, menyerahkan mereka bagi dihukum sebagaimana sepatutnya.

Perkara III
Penghulu, Pembesar dan penduduk Naning keturunan Minangkabau, dan juga Melayu, adalah terikat untuk menyerahkan satu per sepuluh daripada hasil padi dan segala buah-buahan mereka kepada Syarikat Hindia Timur; tetapi memandangkan keadaan mereka yang miskin, Syarikat tersebut telah memutuskan bahawa Penghulu hendaklah datang sendiri, setiap tahun, atau mengarahkan salah seorang Pembesarnya supaya datang ke Melaka, bagi memberi penghormatan kepada Syarikat, dan, sebagai tanda taat setia mereka, mereka hendaklah menghadiahkan Syarikat tuaian pertama mereka sebanyak setengah koyan padi (400 gantang).

Perkara IV
Penduduk Naning, apabila meninggalkan negeri mereka untuk ke Melaka, hendaklah menyerahkan kepada Syahbandar kebenaran bertulis daripada Penghulu, yang ditandatangan dan dicapmeterainya; dan begitu juga semua orang yang ingin meninggalkan Melaka untuk ke Naning, diarahkan supaya menunjukkan dokumen serupa kepada pihak berkuasa di sana, yang ditandatangani (atas perintah Kerajaan) oleh Syahbandar; jika tidak, kedua-dua pihak wajib menghantar balik orang yang berkenaan itu; tetapi apabila ditunjukkan Perakuan yang dikehendaki, mereka akan dibenarkan tinggal di Naning dan di kampung-kampung bersebelahan dan mencari nafkah dengan bercucuk tanam seperti menanam sirih, dll., dengan syarat mereka berpegang teguh dan mematuhi adat resam tempat itu sebagaimana yang diamalkan penduduk lain.

Perkara V
Penghulu dan Pembesar berjanji bahawa semua bijih timah yang dibawa dari Sri Menanti, Sungai Ujong, Rembau, dan tempat-tempat lain di daerah-daerah itu ke Naning, hendaklah dengan serta-merta dihantar dan diserahkan kepada Syarikat, di mana mereka akan menerima sebanyak 44 Dolar Rix tunai, dibayar dengan wang Rupee Surat, bagi setiap bahara 300 kati.

Perkara VI
Mereka juga berjanji menyerahkan lada Naning dan lada daerah-daerah bersebelahan kepada Syarikat, jika apa-apa jumlah yang banyak diperlukan, dengan dibayar harga 12 Dolar Rix sebahara.

Perkara VII
Penghulu, Pembesar, dan penduduk Naning tidak dibenarkan merunding (jualan) atau berdagang dengan mana-mana negeri pedalaman, tetapi hendaklah membawa barang-barang mereka menghilir Sungai Melaka, dengan menggunakannya, tanpa apa-apa jua alasan untuk menggunakan mana-mana laluan atau cara pengangkutan lain, dan mereka juga tidak boleh mengadakan apa-apa perhubungan dengan mana-mana negeri pedalaman di Sungai Penajis, jika tidak nyawa mereka akan melayang dan harta benda mereka dirampas.

Perkara VIII
Penghulu dan Pembesar berjanji, atas nama Masyarakat Naning, bahawa bilamana Pembesar Yang Memerintah berundur daripada memerintah, atau apa-apa geruh menimpa mereka, Penghulu dan Pembesar hendaklah dalam keadaan sedemikian mencadangkan salah seorang daripada anggota keluarga mereka yang terdekat dan paling berkelayakan, kepada Gabenor Melaka, bagi menjadi penggantinya; tetapi mereka tidaklah boleh mengharapkan cadangan itu akan sentiasa dipersetujui Gabenor; sebaliknya adalah menjadi pilihan Gabenor melantik sesiapa yang difikirkannya patut dilantik.

Perkara IX
Mana-mana hamba sama ada kepunyaan Syarikat Yang Mulia, atau kepunyaan penduduk Melaka, yang mencari perlindungan di Naning, atau di kampung-kampung atau di tempat-tempat di sekelilingnya, maka Penghulu, Pembesar dan penduduk (tiada sesiapa pun yang dikecualikan) adalah terikat bagi menangkap dan menghantar ke Pekan orang pelarian itu dengan serta-merta, (atau) orang pelarian itu boleh diserahkan kepada tuan mereka dan tuntutan sebanyak 10 Dolar Rix, tidak lebih daripada itu, boleh dituntut daripada tuannya sebagai hadiah.

Perkara X
Mana-mana hamba lelaki dan perempuan yang dipujuk lari dari Naning ke Melaka, bagi memeluk agama Kristian, maka tuan punya hamba itu akan menerima ganti rugi sebanyak separuh daripada harga hamba itu, mengikut penilaian Jawatankuasa yang akan dilantik Kerajaan.

Perkara XI
Tetapi (jika) mana-mana orang menjual mana-mana hamba beragama Kristian atau orang biasa dari Melaka kepada orang Islam atau orang Pagan, sama ada dengan kerelaan mereka sendiri atau digoda ataupun dilarikan secara paksa daripada tuan mereka, lebih-lebih lagi mereka yang menggoda hamba Kristian atau orang biasa supaya berkhatan atau menggunakan kekerasan bagi mempengaruhi mereka menjadi orang Islam, nyawa mereka akan melayang dan harta benda mereka dirampas.

Perkara XII
Dan bahawa kandungan Perkara tersebut hendaklah dipatuhi tanpa boleh dilanggar, dan Penghulu serta Pembesar berjanji dan bersumpah atas nama seluruh masyarakat, bahawa mereka akan serta-merta memulangkan dan menyerahkan kepada Yang Mulia Gabenor semua hamba yang lari yang berada di Naning atau di tempat-tempat lain.

Perkara XIII
Akhir sekali, Penghulu dan Pembesar berjanji dan bersumpah dengan menggunakan al-Quran, atas nama masyarakat Naning, bahawa mereka akan mematuhi dengan sesungguhnya segala perintah yang ditetapkan dalam Perkara-perkara ini, dan mengikat diri mereka bagi menyerahkan mana-mana pencabul perintah tersebut kepada Syarikat Hindia Timur, supaya hukuman boleh dikenakan ke atas orang itu.

Bagi menyempurnakan segala yang dijanjikan dan dipersetujui dalam Perjanjian ini, maka saya dengan ini menurunkan tandatangan saya.

Dibuat dan diikrarkan di Bandar dan Kota Melaka pada 16 hari bulan Julai 1801.

(Tandatangan) A. TAYLOR.


Ikrar Penghulu dan Pembesar Naning
Kami, Kapitan atau Penghulu dan Pembesar-pembesar, berjanji dan bersumpah bagi pihak diri kami dan juga bagi pihak masyarakat Naning, akan sentiasa taat setia kepada Gabenor dalam Majlis Kota Saint George, Gabenor dan Komandan Melaka, serta semua Komander yang dilantik atau yang akan dilantik di bawah mereka selepas ini, dan selanjutnya akan menepati masa bagi memenuhi segala perintah dan arahan yang dikeluarkan atau yang akan dikeluarkan selepas ini, dan akan berkelakuan sewajarnya terhadap Syarikat Hindia Timur pada masa hadapan, mengikut cara sebagaimana yang dikehendaki daripada rakyat dan vasal yang taat setia.

Ditandatangani oleh DOL SAID, BILAL MOREN, KANJUN, SAMEON dan MAULANA GUNAN.

Sabtu, 30 Julai 2016

DIRGAHAYU TUANKU

MERAFAK SEMBAH DAN UCAPAN SETINGGI-TINGGI TAHNIAH SEMPENA ULANGTAHUN HARI KEPUTERAAN KE-57 KDYTM TENGKU MAHKOTA PAHANG
TENGKU ABDULLAH AL-HAJ IBNI SULTAN HAJI AHMAD SHAH AL-MUSTA'IN BILLAH
30 JULAI 2016, BERSAMAAN 25 SYAWAL 1437H

Ahad, 17 Julai 2016

AHLI JUMAAH PANGKUAN DIRAJA NEGERI PAHANG


KERABAT BERGELAR
  1. Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang
Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah

  1. Yang Amat Mulia Tengku Muda Pahang
Tengku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah

  1. Yang Amat Mulia Tengku Arif Temenggong Pahang
Tengku Fahd Mua’adzam Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah

  1. Yang Amat Mulia Tengku Arif Bendahara Pahang
Tengku Abdullah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar

  1. Yang Amat Mulia Tengku Puteri Seri Lela Wangsa Pahang
Tengku Tan Sri Hajjah Meriam binti Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah,

  1. Yang Amat Mulia Tengku Besar Pahang
Tengku Kamil Ismail bin Tengku Idris Shah

  1. Yang Amat Mulia Tengku Puteri Seri Teja Pahang
Tengku Dato’ Hajjah Muhaini binti Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah

  1. Yang Amat Mulia Tengku Puteri Seri Kemala Pahang
Tengku Dato’ Hajjah Aishah binti Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah

  1. Yang Amat Mulia Tengku Puteri Seri Lela Manja Pahang
Tengku Dato’ Hajjah Nong Fatimah binti Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah

  1. Yang Amat Mulia Tengku Puteri Seri Bongsu Pahang
Tengku Dato’ Hajjah Shahariah binti Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah

  1. Yang Amat Mulia Tengku Seri Nila Utama Pahang
Tengku Dato’ Sri Nong Soraya binti Almarhum Sultan Abu Bakar

  1. Yang Amat Mulia Tengku Panglima Perang Pahang
Tengku Abdul Aziz ibni Almarhum Sultan Abu Bakar

  1. Yang Amat Mulia Tengku Panglima Besar Pahang
Tengku Dato’ Ibrahim bin Tengku Besar Sulaiman

KERABAT TIDAK BERGELAR
  1. Yang Amat Mulia Tengku Dato’ Sri Haji Kamal Bahrin Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar

  1. Yang Amat Mulia Tengku Dato’ Sri Sulaiman Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar

  1. Yang Mulia Raja Dato’ Abu Bakar Shah bin Raja Dato’ Jalil Shah

ORANG BESAR BEREMPAT
  1. Yang DiHormat Orang Kaya Indera Shahbandar
Dato’ Sri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak

  1. Yang DiHormat Orang Kaya Indera Segara
Tengku Dato’ Sri Haji Asmawi bin Tengku Haji Hussain
Yang Mulia Datuk Paduka Maharaja Lela

  1. Yang DiHormat Orang Kaya Indera Pahlawan
Dato’ Sri Wan Haji Abdul Wahid bin Haji Wan Hassan

  1. Yang DiHormat Orang Kaya Indera Perba Jelai
Dato’ Haji Wan Abdul Rahman bin Dato’ Haji Wan Ibrahim

ORANG BESAR BERLAPAN
  1. Yang Hormat Dato’ Setia Pahlawan
Yang Mulia Tengku Dato’ Sri Haji Iskandar Abu Bakar bin Tengku Ali

  1. Yang Hormat Dato’ Setia Perkasa
Yang Mulia Tengku Dato’ Sri Zulkifly bin Tengku Ahmad

  1. Yang Hormat Dato’ Setia Raja
Yang Mulia Tengku Dato’ Ibrahim @ Alam Shah bin Tengku Abdul Ghani

  1. Yang Hormat Dato’ Setia Penggawa

  1. Yang Hormat Dato’ Setia Muda
Dato’ Haji Wan Jasmin bin Dato’ Haji Wan Badiuzzaman

  1. Yang Hormat Dato’ Setia Lela
Yang Mulia Tengku Dato’ Haji Perang bin Tengku Razlan

  1. Yang Hormat Dato’ Setia Wangsa
Dato’ Haji Mustafar bin Abu Bakar

  1. Yang Hormat Dato’ Setia Amar Segara
Dato’ Sri Haji Halim bin Haji Ibrahim

ORANG BESAR ENAM BELAS
  1. Yang Hormat Tok Muda Tengku Dato’ Abdul Manan bin Tengku Temenggong Haji Abdul Aziz

  1. Yang Hormat Tok Muda Kol.(B) Dato’ Hashim bin Mohamed Ali

  1. Yang Hormat Tok Muda Dato’ Haji Asmad bin Haji Sulaiman

  1. Yang Hormat Tok Muda Dato’ Haji Abu Bakar bin Haji Abdullah

EX-OFFICIO
  1. Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang
Dato’ Sri Diraja Haji Adnan bin Haji Yaakob

  1. Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Pahang
Dato’ Sri Muhammad Safian bin Ismail

  1. Yang Berhormat Penasihat Undang-Undang Negeri Pahang
    Dato’ Shamsulbahri bin Haji Ibrahim

  1. Sahibus Samahah Mufti Negeri Pahang
Dato’ Sri Dr. Haji Abdul Rahman bin Haji Osman

  1. Yang Berhormat Pegawai Kewangan Negeri Pahang
Yang Hormat Dato' Mohamad Roslan Bin Harun

PENGHULU
  1. YH Dato’ Haji Zainal Azman bin Haji Bidin
(Penghulu Wakil di Hulu Negeri)

  1. Encik Mohd Zahar Bin Wahid
(Penghulu Wakil di Hulu Negeri)

  1. Encik Mat Sah bin Haji Dawi
(Penghulu Wakil di Hilir Negeri)

  1. Encik Mohd Razaki bin Abdul Razak
(Penghulu Wakil di Hilir Negeri)

ORANG BESAR RAJA
  1. Yang Hormat Tok Aria Rakna
Dato’ Haji Abdul Murad bin Abdul Rani

DATO’ YANG KEHORMAT
  1. (Kosong)
  2. (Kosong)

DARJAH KEBESARAN SULTAN AHMAD SHAH PAHANG YANG AMAT DIMULIA PERINGKAT PERTAMA, SRI SULTAN AHMAD SHAH PAHANG [S.S.A.P.]
  1. Yang Hormat Dato’ Sri Tan Sri Haji Abdul Aziz bin Abdul Rahman

DARJAH KEBESARAN MAHKOTA PAHANG YANG AMAT MULIA PERINGKAT PERTAMA, SRI INDERA MAHKOTA PAHANG [S.I.M.P.]
  1. (Kosong)

SETIAUSAHA
YH. Dato’ Haji Sabaruddin bin Sulaiman

JUMAAH PANGKUAN DIRAJA NEGERI PAHANG

Bab 5 Bahagian 1 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Pahang memperuntukkan mengenai Jumaah Pangkuan Diraja Negeri. Pada peringkat awal penubuhannya, ia dinamakan sebagai Jumaah Pangkuan Negeri Pahang. Kemudian, dalam tahun 2011 namanya diubah menjadi Jumaah Pangkuan Diraja Negeri.

Pembentukan badan ini dilantik oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang. Ahli-ahli yang dilantik terdiri daripada Waris Ganti, Kerabat-Kerabat Bergelar, Kerabat-Kerabat yang tidak bergelar,  Orang-Orang Besar (Orang Besar Berempat, Orang Besar Berlapan dan Orang Besar Enam Belas), Menteri Besar, Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri, Mufti Kerajaan Negeri, Penghulu (dua dari Hulu dan dua dari Hilir Negeri), Orang Besar Raja, Dato' Yang Kehormat, seorang yang telah dikurniakan dengan Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang Yang Amat Dimulia Peringkat Pertama (S.S.A.P.), dan seorang yang telah dikurniakan dengan Darjah Kebesaran Mahkota Pahang Yang Amat Mulia Peringkat Pertama, Sri Indera Mahkota Pahang (S.I.M.P.) yang berjumlah 46 orang. Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah merupakan Pengerusi Jumaah Pangkuan Diraja Negeri.

Ahli-ahli Jumaah akan bertanggungjawab dalam semua adat istiadat Diraja di Balairong Seri atau pun di Istana seperti Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran Dan Pingat-Pingat Negeri Pahang Darul Makmur, Majlis Perkahwinan Diraja, Majlis Santapan Diraja serta majlis-majlis yang melibatkan Sultan. Selain itu juga, badan ini turut membincangkan topik berkenaan kedudukan Bangsa Melayu dan Agama Islam bagi memastikan kedua-dua komponen itu sentiasa terpelihara dan dihormati.