"SESIAPA YANG TIDAK BELAJAR DARIPADA SEJARAH, AKAN TERHUKUM MENGULANGI KESILAPAN SILAM"

Khamis, 12 Ogos 2021

DATO' SETIA WANGSA MENINGGAL DUNIA

Assalamualaikum wbt.
YAB / YAM / YDHM / YDH / YB / YHM / YH / Tuan,

Adalah patik / saya dengan segala dukacitanya memaklumkan bahawa Yang Hormat Dato’ Setia Wangsa, Dato’ Indera Haji Mustafa bin Abu Bakar, SIMP., DSAP., DIMP., SAP., AMP., AMN., telah kembali ke Rahmatullah hari ini pada jam 5.36 petang di rumahnya di Paya Laka, Rompin.

Sebarang maklumat terkini akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

Sekian, terima kasih.

Daripada : Setiausaha Jumaah Pangkuan Diraja Negeri
Ridzuan bin Mohamad PKC., PKT.

Ahad, 1 Ogos 2021

PENGURNIAAN GELARAN YANG AMAT MULIA TENGKU PANGLIMA BESAR


Assalamualaikum wbt.
 
Adalah patik / saya dengan segala hormatnya memaklumkan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah mengampuni perkenan mengurniakan gelaran Yang Amat Mulia Tengku Panglima Besar kepada Yang Amat Mulia Tengku Dato’ Sri Tan Sri Azlan ibni Almarhum Sultan Abu Bakar, SSAP., SIMP., PSM., DSAP., SPTJ., berkuatkuasa pada 30hb Julai 2021 bersamaan 20 Zulhijjah 1442 Hijrah.
 
Sekian dimaklumkan. Terima kasih.
 
Daripada : Setiausaha Jumaah Pangkuan Diraja Negeri
Ridzuan Mohamad PKC., PKT.

Jumaat, 16 Julai 2021

PENGURNIAAN GELARAN YDHM ORANG KAYA INDERA SEGARA

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni  Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah telah mengampuni perkenan mengurniakan gelaran Yang Dihormat Mulia Orang Kaya Indera Segara (OKIS) - Orang Besar Berempat bagi Negeri Pahang kepada Yang Hormat Mulia Tengku Dato’ Sri Zulkifly bin Tengku Arif Temenggong Tengku Ahmad, SSAP., DIMP.

Sembah Tahniah, YdHM Orang Kaya Indera Segara – Orang Besar Berempat Negeri Pahang.

Rabu, 24 Februari 2021

TOK PENTARA RAJA MENINGGAL DUNIA

 إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون

Adalah dengan dukacitanya dimaklumkan bahawa Yang Hormat Tok Pentara Raja, Dato' Haji Ismail bin Marzuki, DIMP., SAP., AAP., AMP., PJK., Orang Besar Raja Pahang, telah kembali ke Rahmatullah, hari ini 24.2.2021 jam 1.15 pagi.


الفاتحة

Sabtu, 28 November 2020

ORANG BESAR ENAMBELAS PAHANG MENINGGAL DUNIA

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون

Dengan perasaan sedih dan dukacitanya dimaklumkan bahawa Orang Besar Enambelas Pahang, YH Tok Muda Dato’ Haji Abu Bakar bin Haji Abdullah telah kembali ke Rahmatullah jam 10.48 pagi, 28 November 2020, di HUKM Cheras.


Jenazah Allahyarham akan dibawa pulang untuk disemadikan di Pekan.

الفاتحة 

Ahad, 30 Ogos 2020

JENAZAH ORANG KAYA INDERA SEGARA SELAMAT DISEMADIKAN

Jenazah Allahyarham Orang Kaya Indera Segara, Orang Besar Berempat Pahang, Tengku Dato’ Sri Haji Asmawi bin Tengku Haji Hussin telah selamat disemadikan di Perkarangan Makam Diraja Pekan, selepas Zuhur 30 Ogos 2020.


KDYMM Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah berkenan berangkat ke majlis tersebut. Turut berangkat hadir ialah YAM Tengku Arif Bendahara Pahang, YAM Tengku Panglima Raja, YAM Tengku Panglima Muda dan YAM Tengku Besar Pahang, serta kerabat-kerabat diraja yang lain.


Allahyarham Orang Kaya Indera Segara Tengku Dato’ Sri Tengku Asmawi pernah menjadi Datuk Paduka Maharaja Lela dan telah mencurahkan jasa bakti seumur hidup Allahyarham kepada Kesultanan Pahang.


Semuga Allah mencucuri Rahmat ke atas Roh Allahyarham.












YDHM ORANG KAYA INDERA SEGARA KEMBALI KE RAHMATULLLAH

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون

Dengan perasan sedih dan dukacitanya dikhabarkan bahawa YdH Orang Kaya Indera Segara Pahang, YM Tengku Dato' Sri Haji Asmawi bin Tengku Haji Hussin, telah kembali ke Rahmatullah pada jam 3 pagi, 30 Ogos 2020, di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan.

Jenazah akan dibawa pulang ke Kediaman DSTH, Jalan Halimi, Pekan. Jenazah akan disolatkan di Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan selepas Solat Zuhur dan seterusnya akan disemadikan di Perkarangan Makam Diraja Pekan.

الفاتحة

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم

ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين