"SESIAPA YANG TIDAK BELAJAR DARIPADA SEJARAH, AKAN TERHUKUM MENGULANGI KESILAPAN SILAM"

Ahad, 30 Ogos 2020

JENAZAH ORANG KAYA INDERA SEGARA SELAMAT DISEMADIKAN

Jenazah Allahyarham Orang Kaya Indera Segara, Orang Besar Berempat Pahang, Tengku Dato’ Sri Haji Asmawi bin Tengku Haji Hussin telah selamat disemadikan di Perkarangan Makam Diraja Pekan, selepas Zuhur 30 Ogos 2020.


KDYMM Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah berkenan berangkat ke majlis tersebut. Turut berangkat hadir ialah YAM Tengku Arif Bendahara Pahang, YAM Tengku Panglima Raja, YAM Tengku Panglima Muda dan YAM Tengku Besar Pahang, serta kerabat-kerabat diraja yang lain.


Allahyarham Orang Kaya Indera Segara Tengku Dato’ Sri Tengku Asmawi pernah menjadi Datuk Paduka Maharaja Lela dan telah mencurahkan jasa bakti seumur hidup Allahyarham kepada Kesultanan Pahang.


Semuga Allah mencucuri Rahmat ke atas Roh Allahyarham.