Jenazah Allahyarham Orang Kaya Indera Segara, Orang Besar Berempat Pahang, Tengku Dato’ Sri Haji Asmawi bin Tengku Haji Hussin telah selamat disemadikan di Perkarangan Makam Diraja Pekan, selepas Zuhur 30 Ogos 2020.
Ahad, 30 Ogos 2020
JENAZAH ORANG KAYA INDERA SEGARA SELAMAT DISEMADIKAN
YDHM ORANG KAYA INDERA SEGARA KEMBALI KE RAHMATULLLAH
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون
Dengan perasan sedih dan dukacitanya dikhabarkan bahawa YdH Orang Kaya Indera Segara Pahang, YM Tengku Dato' Sri Haji Asmawi bin Tengku Haji Hussin, telah kembali ke Rahmatullah pada jam 3 pagi, 30 Ogos 2020, di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan.
Jenazah akan dibawa pulang ke Kediaman DSTH, Jalan Halimi, Pekan. Jenazah akan disolatkan di Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan selepas Solat Zuhur dan seterusnya akan disemadikan di Perkarangan Makam Diraja Pekan.
الفاتحة
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين
Sabtu, 15 Ogos 2020
8 ANAKANDA SPB YDP AGONG TERIMA DARJAH KEBESARAN PAHANG
Yang Amat Mulia Tengku Arif Bendahara Pahang
Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
Tengku Puteri Iman Afzan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
Tengku Puteri Ilisha Ameera Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
Tengku Puteri Ilyana Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
Khamis, 30 Julai 2020
SEMBAH TAHNIAH SEMPENA ULANGTAHUN HARI KEPUTERAAN SULTAN PAHANG
Isnin, 8 Jun 2020
PANJI DIRAJA SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG
Sebagai
Ketua Negara, Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong adalah simbol ketaatan
warga Malaysia kepada Undang-Undang dan Perlembagaan. Panji-Panji Diraja adalah
simbol kepada kewujudan Institusi Yang Dipertuan Agong.
Panji-Panji
Diraja yang bewarna kuning, mempunyai Jata Negara di tengah-tengah yang
dikelilingi oleh dua karangan bunga padi. Warna kuning adalah warna diraja.
Karangan bunga padi yang bewarna keemasan melambangkan kemewahan dan kemakmuran.
Rekabentuk
Jata Negara di tengah-tengah adalah menunjukkan:
- Bulan
serta bintang yang mempunyai 14 cabang menunjukkan 14 buah negeri yang menjadi
komponen negeri dalam Malaysia yang juga menunjukkan bahawa Islam adalah agama
bagi Malaysia.
- Lima
bilah keris adalah melambangkan lima buah negeri-negeri Melayu Bukan Bersekutu
(sebelum merdeka) iaitu Johor, Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu.
- Di kiri
kanan perisai adalah melambangkan negeri-negeri yang tidak beraja iaitu Melaka,
Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.
- Empat panel perisai yang mempunyai ukuran yang sama di tengah-tengah perisai yang mengandungi warna-warna putih adalah negeri Pahang. Merah dan kuning warna Selangor. Hitam dan kuning adalah warna negeri Perak. Manakala merah, hitam dan kuning adalah warna Negeri Sembilan. Empat buah negeri ini adalah asalnya Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.
SEMBAH TAHNIAH SEMPENA KEPUTERAAN RASMI YANG DIPERTUAN AGONG
DAULAT TUANKU
Sabtu, 25 Januari 2020
SENARAI PENERIMA KURNIAAN DARJAH-DARJAH KEBESARAN NEGERI PAHANG, 29 MEI 1973
DARJAH KERABAT SRI INDERA MAHKOTA PAHANG YANG AMAT DIHORMATI
































