Luak Tanah Mengandung
ialah Kumpulan Lima Luak yang melingkungi Wilayah Diraja Negeri Sembilan, iaitu
Seri Menanti. Luak-luak ini bernaung di bawah Duli Yang Maha Mulia Yang
Dipertuan Besar Negeri Sembilan.
Luak Tanah Mengandung
merupakan serambi bagi Luak Berundang, di mana ia menjadi tempat persinggahan YTM
Dato' Undang sebelum ke Seri Menanti untuk mengadap DYMM Yang Dipertuan Besar
Negeri Sembilan. Luak Tanah Mengandung terdiri daripada Luak Ulu Muar, Luak
Jempol, Luak Terachi, Luak Gunung Pasir dan Luak Inas Ineh. Pemimpin bagi
luak-luak ini bergelar Penghulu.
Pada masa kini, penyandang
Pesaka Adat bagi Dato'-Dato’ Penghulu Luak Tanah Mengandung ialah:
Yang Mulia Dato’ Bendahara Setia Maharaja Lela Pahlawan
Dato’ Haji Mansor bin Haji Yusof
Penghulu Luak Ulu Muar
Yang Mulia Dato’ Lela Putra Setiawan
Mazri bin Mansol
Penghulu Luak Jempol
Yang Mulia Dato’ Anjah Pahlawan
Dato’ Haji Mohamad Nasir bin Haji Nordin
Penghulu Luak Terachi
Dato’ Hanizam bin Haji Harun
Penghulu Luak Gunung Pasir
Dato’ Mohammad Ariff bin Sidek
Penghulu Luak Inas Ineh