"SESIAPA YANG TIDAK BELAJAR DARIPADA SEJARAH, AKAN TERHUKUM MENGULANGI KESILAPAN SILAM"

Sabtu, 20 Mei 2023

YANG DIPERTUAN AGONG BERKENAN TERIMA IJAZAH KEHORMAT DOKTOR FALSAFAH UIAM

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah berkenan menerima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (PhD) dalam Kepemimpinan, daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Pengiktirafan ini diberikan pada Istiadat Konvokesyen Khas Sempena Sambutan Ulangtahun ke-40 Penubuhan UIAM, pada 20 Mei 2023. Istiadat Konvokesyen Khas ini berlangsung di Dewan Utama, Pusat Kebudayaan UIAM, di Gombak.

Ijazah Kehormat Doktor Falsafah ini disampaikan oleh Ketua Perlembagaan UIAM, KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Sultan Iskandar.

Turut berangkat hadir pada Istiadat Konvokesyen Khas tersebut ialah KDYMM Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah. Turut sama hadir ialah Presiden UIAM, Tan Sri Samsudin Osman; Rektor UIAM, Professor Emeritus Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak; dan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Abdul Razak Jaafar.

Turut hadir, Kerabat-kerabat Diraja Pahang dan Orang-orang Besar Negeri Pahang.



(Foto : Istana Negara & YHM Tengku Dato' Setia Pahlawan Pahang)