"SESIAPA YANG TIDAK BELAJAR DARIPADA SEJARAH, AKAN TERHUKUM MENGULANGI KESILAPAN SILAM"

Khamis, 19 Januari 2023

AL-SULTAN ABDULLAH & TUANKU AZIZAH SEMPURNAKAN PEMAKAIAN PANGKAT TENGKU HASSANAL

KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah telah berkenan berangkat menyempurnakan Majlis Pemakaian Pangkat Kapten kepada Paduka Anakanda Baginda berdua, KDYMM Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah. 

Majlis Pemakaian Pangkat ini berlangsung di Istana Negara, pada 19 Januari 2023. Turut berangkat pada majlis ini ialah YAM Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah, YAM Tengku Panglima Raja Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah, YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Iman Afzan, YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilisha Ameera, YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilyana dan YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah. Turut hadir pada majlis ini ialah Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain.

KDYMM Tengku Hassanal menamatkan pengajian ketenteraan di Akademi Tentera Diraja Sandhurst, United Kingdom pada Disember 2019, setelah menjalani latihan di akademi tersebut selama 44 minggu. KDYMM Tengku Hassanal sebelum ini telah dipakaikan pangkat Leftenan Muda pada 21 Januari 2020 dan pangkat Leftenan pada 8 Januari 2021.





(Kredit foto: Istana Negara)