"SESIAPA YANG TIDAK BELAJAR DARIPADA SEJARAH, AKAN TERHUKUM MENGULANGI KESILAPAN SILAM"

Sabtu, 15 Julai 2017

SEJARAH COGAN DAUN KOPI NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR



Mengikut cerita orang-orang tua, semasa Wan Ahmad (kemudiannya  bergelar  Sultan Ahmad Al-Mu’azzam Shah) bersemayam di Terengganu, baginda duduk  minum kopi sambil memikirkan strategi untuk mengalahkan saudaranya, Wan Mutahir.

Setelah baginda menang dalam Perang Saudara dengan Wan Mutahir, maka gambar daun kopi telah dijadikan cogan kebesaran keluarga baginda. Manakala gading gajah yang bersilang di bawah daun kopi itu melambangkan kekuasaan. Gajah iaitu haiwan yang  paling kuat dan terbesar di darat seperti yang digambarkan dalam Sejarah Melayu mempunyai hubungan rapat dengan raja-raja Melayu dan istiadat diraja, iaitu sebagai kenaikan diraja.

Manakala cogan kata negeri iaitu Ya Latif, membawa maksud lemah lembut adalah sebagai simbolik pemerintahan beraja di negeri ini yang tidak menggunakan kekerasan.