USUL
HAL EHWAL YANG HENDAK DIBAWA KE DALAM PERSIDANGAN MAJLIS MESYUARAT KHAS (DURBAR)
BAGI PEMERINTAH-PEMERINTAH NEGERI MELAYU YANG BERSEKUTU YANG AKAN DIADAKAN DI
KLANG PADA 1 NOVEMBER 1937 OLEH KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN ABU BAKAR
RI’AYATUDDIN AL-MU’ADZAM SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN ABDULLAH AL-MU’TASSIM BILLAH
SHAH - SULTAN PAHANG.
1.
Minta diluaskan kuasa pemerintah-pemerintah sebagaimana muslihat mengembalikan
balik kuasa raja-raja yang telah di istiharkan iaitu keluasaannya sehingga
memilih kaki tangan kerajaan pada mana-mana yang bergaji lebih dari 30 ringgit
sebulan hendaklah dipersetujui oleh YMM Sultan didalam mesyuarat negeri.
2.
Permintaan tanah-tanah kebun lebih daripada 100 ekar dan tanah lebih 50 hektar
hendaklah di bawa dan di persetujui oleh mesyuarat negeri.
3.
Berkenaan dengan menjalankan hokum sharak janganlah di ganggui oleh mahkamah
kerajaan dan jikalau ada sesuatu kemusykilan diatas hokum kadi jajahan bolehlah
diminta ulang bicara di pejabat kadi besar akan membicarakan perkara itu dengan
di kapit oleh kadi-kadi lain dan keputusan nya dari pada mahkamah kadi besar
ini tiadalah boleh di minta ulang bicara lagi pada mana-mana mahkamah. Tetapi
pihak pegawai polis di minta sedia membantu di atas apa-apa hukuman pada hokum
kadi seperti tangkap dan sebagainya.
4.
Di minta dengan jalan kerajaan memilih anak-anak melayu di hantar ke negeri
luar kerana meninggikan pelajaran nya supaya lulus didalam pelbagai ilmu
seperti pengawam, tabib, jurutera tanaman dan pertukangan sehingga boleh dan
pandai membuat senjata api alatan peperangan dan sebagainya.
5.
Diminta dengan jalan kerajaan memilih budak-budak di hantar ke negeri luar
kerana mengambil pelajaran ketenteraan supaya lulus didalam berbagai-bagai ilmu
peperangan laut, darat dan udara supaya kelak boleh di harapkan menjaga tanah
airnya.
Sumber:
Arkib Negara Malaysia (Fail S.P 217/37)