Pemakaian
tanjak atau tengkolok atau destar dikaitkan dengan istana, kepahlawanan dan
dipakai dalam pelbagai acara adat istiadat masyarakat Melayu. Pemakaian busana
ini pada kebiasaanya akan dipadankan dengan bengkung, samping dan baju Melayu
beserta keris selit.
Jenis tanjak yang dipakai oleh orang-orang Melayu Pahang adalah:
Tanjak
Cogan Daun Kopi
Dipakai
oleh KDYMM Sultan Pahang. Warna rasminya adalah kuning muda, namun begitu
baginda selalu memakai warna-warna latar yang gelap. Bentuk tanjak Pahang
mudah dikenali daripada bentuknya yang segi tiga dan diikat secara menegak di
atas dahi dan membiarkan bahagian kepala yang lain terdedah. Selain itu reka
bentuk bunga atau daun itu terletak di sebelah depan tanjak tersebut.
Tanjak
Raja Naik Bersiram
Dipakai
sebaik sahaja raja berangkat naik daripada istiadat bersiram, sama ada sesudah
selesai istiadat perkahwinan diraja ataupun pertabalan yang menandakan raja
selamat bersiram. Destar jenis ini hanya dipakai oleh raja yang memerintah.
Putera atau cucunda baginda tidak boleh memakai destar jenis ini. Bentuk
daunnya melonjong kehadapan dan memakai dua pucuk destar yang disebut gading.
Tanjak
Sekelongsong Bunga
Dipakai
oleh kerabat di Raja dan Orang Besar Berempat Negeri Pahang. Walaupun bentuknya
ini agak ringkas dan bahagian daunnya melonjong ke atas dan bahagian bawahnya
mengembang seperti sebuah sekelongsong bunga, tetapi terdapat perbezaan antara
destar yang dipakai oleh kerabat diraja dengan orang biasa, khususnya dari
sudut posisi daun dan pucuk destar yang dipanggil sula.
Tanjak
Getam Budu
Pakaian
hulu untuk Orang-Orang Besar di Istana Negeri Pahang pada satu masa dahulu.
Bentuknya menutup seluruh bahagian kepala pemakai yang membawa maksud menyimpan
segala rahsia raja.
Tanjak
Sunda Menggamit
Dinamakan
Sunda Menggamit kerana bentuk daunnya seperti ranjau pergi. Tanjak ini kebiasaannya
dipakai oleh Almarhum Sultan Ahmad di antara tahun 1882-1914.
Tanjak
Helang Menyongsong Angin
Tanjak
ini dipakai oleh Almarhum Sultan Abdullah (1917-1932). Daunnya tegak pepat.
Telunjuk sebelah kanannya terkeluar.
Tanjak
Bugis Tak Balik
Tanjak
jenis ini hanya dipakai oleh Almarhum Sultan Mahmud (1914-1917). Daunnya
berlipat dan telunjuk sebelah kiri tegak keluar ke atas.