Hari ini seluruh negeri Pahang bercuti sempena Hari Hol Negeri Pahang. Mengikut definisi Kamus Dewan, Hol bermaksud 'Kenduri arwah yang diadakan setahun sekali'. Manakala Kerajaan Negeri Pahang mendefinisikan Hari Hol sebagai 'Memperingati Kemangkatan Keluarga Diraja'.
Hari Hol Negeri Pahang adalah sempena memperingati kemangkatan Sultan Pahang ke-4, Almarhum Sultan Sir Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Abdullah. Almarhum telah memerintah negeri Pahang selama 42 tahun, iaitu dari tahun 1932 sehingga 1974.
Almarhum mangkat di Istana Peninjau, Pekan pada 5 Mei 1974, akibat diserang sakit jantung. Tahun 2017 adalah Hari Hol Almarhum Sultan Abu Bakar yang ke-43.
Semuga Allah mencucuri Rahmat ke atas Roh Almarhum. Al-Fatihah.