Di penghujung hayatnya, Sultan Ahmad Al-Mu’azzam Shah
terpaksa ditandu apabila hendak bergerak ke mana-mana, kerana diserang penyakit
sendi.
Pada tahun 1910, sewaktu berusia 74 tahun, baginda tidak
boleh berjalan lagi dan ditandu di dalam sebuah bakul khas yang diangkat oleh 2
orang pekerja istana, menggunakan pengandar kayu. Menurut cerita orang-orang
tua, Sultan Ahmad suka bersiar-siar di kawasan istana baginda, sambil ditandu.
Pada waktu-waktu yang tertentu, baginda kelihatan ditandu
di sekitar bandar Pekan sambil diiringi oleh para pengiring baginda. Sewaktu
hari perkahwinan puteri bongsu baginda, Tengku Mariam yang berlangsung di
Istana Pantai dalam tahun 1913, Sultan Ahmad menyempurnakan istiadat
perkahwinan tersebut dari atas tempat baginda ditandu.
Setelah baginda mangkat dalam tahun 1914, bakul tempat
baginda ditandu itu telah disimpan di istana oleh kerabat baginda, sebagaI
tanda kenang-kenangan. Tetapi tidak dapat dipastikan di mana letaknya bakul
tersebut pada masa sekarang.