Adat
istiadat perkahwinan bagi putera dan puteri raja adalah menjadi satu upacara
rasmi bagi raja dan Kerajaan Negeri Pahang.
Istiadat
Meminang
Apabila
seseorang putera raja hendak berkahwin, maka raja akan mengutuskan beberapa
orang kerabat diraja dan orang-orang besar melakukan tanda peminangan itu.
Sepucuk surat yang tertentu tujuannya akan dibawa oleh utusan itu, dari
pihak lelaki. Sekaki payung kebesaran
digunakan masa melangkah mengarak surat itu. Utusan itu disambut dengan satu
perhimpunan dari pihak perempuan dan dengan tembakan meriam.
Setelah
selesai perbincangan di antara dua pihak, baharulah diadakan ucapan ikrar untuk
menetapkan masa kerja, masa menghantar belanja, menetapkan mas kahwin tunai
atau tangguh.
Istiadat
Menghantar Belanja
Istiadat
menghantar belanja ini dilakukan secara besar-besaran, tidak kira sama ada
gehara ataupun tidak. Jika pinangan itu gehara, 16 orang jejawat akan membawa
16 bekas hantaran. Dan bagi pihak perempuan, akan membalas 16 juga.
Jika
pihak perempuan bukan gehara, 8 orang jejawat dari pihak lelaki akan membawa 8
bekas hantaran dan pihak perempuan akan membalas dengan 16 bekas berisi
hantaran, kerana pihak lelaki itu anak raja.
Setelah
selesai urusan itu baharulah dikeluarkan lafaz penerimaan oleh wakil-wakil itu
tadi dan disamping itu juga disebutkan gelaran-gelaran yang tertentu, jika
berkenaan.
Alat-Alat
Upacara Menghantar Belanja
1.
Puan
2.
Wang
perbelanjaan
3.
Persalinan
4.
Perkakas
mas yang wajib
5.
Alat-alat
perhiasan
Kemudian
pihak perempuan membalas 16 perkara itu, termasuk:
1.
Tanjak
2.
Persalinan
3.
Perhiasan
4.
Buah-buahan
Semua
barang-barang itu pula didahului oleh 2 batang tombak, iaitu sama seperti
tombak yang digunakan sebagai alat kebesaran diraja.
Istiadat
Akad Nikah
Kebiasaannya
istiadat akad nikah akan dilakukan pada waktu malam. Isitiadat ini
berkehendakkan alat-alat kelengkapan yang teradat, iaitu payung ubor-ubor 16
kaki serta 16 kain dukun.
Setelah
itu diaturkan orang-orang yang membawa mohor bekas wang mas kahwin ditempatkan
di sebelah kanan, diikuti oleh orang yang membawa keris panjang di sebelah kiri
dan yang membawa payung dan kain dukun di belakang. Seorang penganjur di
hadapan, serta diikuti oleh pengantin dengan pengapitnya.
Majlis
akad nikah pun dilangsungkan dan doa selamat dibacakan. Pengantin pun dibawa
bersalam dengan yang hadirin dan kepada kaum kerabat pihak perempuan. Jika anak
raja, 16 das tembakan meriam akan dibunyikan. Sesudah berkenalan, pengantin
dengan pengapitnya pun mengadap bapa mertuanya di suatu tempat yang dikhaskan.
Setelah
selesai upacara mengadap, baharulah hidangan santapan diangkat ke tempat yang
dikhaskan dan jamuan dilakukan. Setelah itu, pengantin pun beredar ke tempat
yang disediakan untuk bermalam bersama-sama dengan pengapit dan pengiringnya.
Istiadat
Bersanding
Alat-alat
kelengkapan yang biasa digunakan:
1.
Seorang
mengadap puan tepak sireh, sebelah kanan
2.
Penyibaran,
sebelah kanan
3.
Seorang
mengadap ternang, sebelah kiri
4.
Seorang
mengadap ketur
5.
2
orang mengadap dian besar, di kanan dan di kiri atas petarakna
6.
Nasi
tabak
7.
Seorang
mengadap tabak lauk
8.
Seorang
mengadap ambur-ambur (emas, perak & beras kunyit)
9.
Seorang
membawa keris panjang
10. Seorang mengadap ubor-ubor (Panca
Bicara)
11. 2 orang mengadap nasi tabak
12. 2 orang mengipas pengantin
13. 16 batang dian
Selain
dari kesiapan yang tersebut di atas, ada lagi kelengkapan yang harus disertakan
bersama perarakan pengantin lelaki, iaitu:
1.
1
bilah keris panjang
2.
16
payung ubor-ubor
3.
16
kain dukun
4.
3
alatan bunyi-bunyian (nobat & nafiri)
5.
4
orang berdikir
Setelah
siap semua kelengkapan teratur, pengaintin pun diarak daripada tempat
perhentian ke istana raja. Kenderaan pengantin diatur di hadapan dan diiringi pembawa
kelengkapan, dan selepas itu diiringi pula oleh pembawa 16 batang payung dan
pembawa kain dukun 16 helai. Kaum kerabat dan sahabat handai mengiringi dari
belakang, terus ke istana. Sebaik sahaja sampai, disambut pula oleh pihak
perempuan dengan penuh istiadat. Dan dipersilakan oleh Ketua Adat Istiadat di
tempat itu ke majlis persandingan, diiringi oleh 2 orang pembawa keris panjang,
hingga ke petarakna. Dan ketika itu juga, orang yang membawa dan menyambut
mengambil tempat , dengan pengapit berdiri di belakang. Dan semua pegawai pun
mengambil tempat masing-masing. Setelah itu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia pun
dipersilakan meletak panca bicara ke atas jemala kedua pengantin dan tembakan
meriam 16 das dilepaskan, kemudiannya. Istiadat makan nasi tabak pun dimulakan.
Setelah
itu, Shahibul Fadhillah Mufti membaca doa selamat. Kemudiannya, pengantin pun
berangkat masuk ke pelamin dan diiringi oleh kaum kerabat dan pembawa kain
dukun.
Pakaian
Beristiadat
1.
Pakaian
Melayu bersamping dan bertanjak
2.
Berkeris
Pegawai
agama hendaklah memakai jubah hitam dan serban. Bangsa lain hendaklah
berpakaian lengkap hitam.
* Potret hitam putih di atas adalah dari Istiadat Perkahwinan Diraja Tengku Arif Bendahara Ibrahim ibni Sultan Sir Abu Bakar Pahang dan Raja Aminah binti Raja Muda Musa Perak, 1963.
* Potret hitam putih di atas adalah dari Istiadat Perkahwinan Diraja Tengku Arif Bendahara Ibrahim ibni Sultan Sir Abu Bakar Pahang dan Raja Aminah binti Raja Muda Musa Perak, 1963.